Wednesday, April 11, 2012

Posted by Nazz Abdullah  
WEDNESDAY, APRIL 11, 2012  


Enam Hari lagi sebelum tibanya detik yang ditunggu-tunggu perlancaran Proton Prevé iaitu model terulung Proton, dan ramai rasanya saat ini yang tidak sabar-sabar menantikan tarikh 16hb April tersebut, lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah menempatkan tempahan mereka.

Seorang dari sahabat kita iaitu bro Nya Jack telah mengirimkan saya potongan gambar slide di atas, yang menunjukan model ini telah menerima pengiktirafan 5 bintang dari MyVAP (Malaysian Vehicle Assessment Programme), iaitu sebuah badan yang diasaskan oleh MIROS untuk memasti & meningkatkan tahap keselamatan kenderaan di Malaysia. Gambar ini saya rasa mungkin telah diambil pada majlis penganugerahan MyVAP semalam berikutan tarikh pada slide diatas (AWARDED 10 APRIL).

Walaupun masih belum menerima berita rasmi mengenai pengiktirafan dari NCAP, saya yakin dalam masa terdekat ini atau setidak-tidaknya selepas perlancaran nanti pasti akan kita semua ketahui, kerana sewaktu saya menghadiri training Prevé ini tempoh hari, DSZ sendiri beberapa kali menekankan tentang pengiktirafan markah penuh dari NCAP tersebut.

Apapun tahniah sekali lagi kita ucapkan kepada Proton dan semua yang terlibat dalam pembinaan model yang bakal meneraju era baru Proton, iaitu Prevé.

Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html


*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.


Saturday, April 07, 2012

Posted by Nazz Abdullah  
SATURDAY, APRIL 07, 2012  


Ini merupakan salah satu contoh Letter of Undertaking bakal pembeli Proton Prevé Premium yang telah layak mendapatkan pinjaman pembiayaan dengan kadar terendah iaitu 2.85% dari Maybank Islamic Berhad untuk tempoh maksimum 9 tahun pada kadar margin 90%. Selain Maybank, bank-bank lain juga seperti AmBank dan Bank Islam turut menyambut baik kemunculan model Prevé ini dengan memberikan keutamaan & kelulusan lebih mudah dan pantas kepada mereka yang benar-benar layak.

Diharapkan kerjasama dua-belah pihak ini berterusan agar dapat memberikan manfaat dan keuntungan kepada kedua-dua pihak, Proton dan juga syarikat finance.

Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html


*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.



Posted by Nazz Abdullah  
SATURDAY, APRIL 07, 2012  



Sumber dipetik dari: ArenaKereta

Itu dia yang dinanti-nantikan selama ini sudah tiba, iklan komersial Proton Preve yang bakal ditayangkan di televisyen sudah muncul di laman video YouTube. Bagi saya iklan komersial ini memang menarik kerana kita boleh melihat model terbaharu Proton Preve ini beraksi secara lebih jelas, seterusnya menyerlahkan kecantikan rekaannya yang begitu sporty.


Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html


*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.



Friday, April 06, 2012

Posted by Nazz Abdullah  
FRIDAY, APRIL 06, 2012  

Proton Prevé telah menghangatkan ruang berita di sana sini seluruh negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tak kira apa jua jenis media sekalipun baik di blog-blog terkenal, forum-forum, akhbar berita Melayu, English & Mandrin mahupun di TV3.

Baru sebentar tadi saya menerima email dari sahabat Nya Jack yang mengirimkan gambar-gambar terbaru  Proton Prevé:




Banyak lagi gambar-gambar yang telah dikirim oleh bro Nya Jack termasuk gambar jelas keseluruhan kereta dari luar, hadapan, sisi, dan belakang, dan juga senarai harga sebenar ketiga-tiga variasi  Proton Prevé ini. Tetapi saya tidak dapat mendedahkan gambar-gambar tersebut di sini kerana menghormati hak-hak syarikat.




Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html



*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.


Wednesday, April 04, 2012

Posted by Nazz Abdullah  
WEDNESDAY, APRIL 4, 2012  


Info Terkini: Saya baru sahaja menerima 'SMS Blast' dari Proton yang dihantar kepada semua Sales Advisor di seluruh negara dan kandungannya adalah seperti berikut:

"RM.0.00: The New Proton PREVÉ: Pronounce as 'pray-vae' (sounds like cafe). Pls share the correct pronunciation with everyone."

Banyak andaian & kekeliruan tentang sebutan nama model terbaru Proton iaitu 'PREVÉ', sejak dari nama itu mula didedahkan seminggu yang lepas. Pelbagai sebutan telah diberi seperti 'Preev', 'Pre-vey' dan macam-macam lagi, sehingga saya sendiri pun terkeliru.

Jadi sebutan yang sebenar adalah 'Pray' 'Vae', sama seperti sebutan 'Ca' 'Fe'. Diharap tiada lagi kekeliruan atau kesilapan tentang sebutan nama model ini..

Sebut betul-betul..... 'Pray - Vae'..... ;)

Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html


*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.



Saturday, March 31, 2012

Posted by Nazz Abdullah  
SATURDAY, MARCH 31, 2012  




Itu dia, sudah terang lagi bersuluh, segalanya sudah jelas dan pasti, dan tiada apa lagi yang boleh diselindungkan, baik dari segi paras rupa, nama yang menjadi misteri hingga ke spesifikasi lengkap model terbaru Proton, iaitu Prevé.

Agak pelik dan sedikit berbeza nama ini berbanding dengan model-model Proton lain sebelum ini. Mungkin pihak syarikat ingin mencari sedikit kelainan kerana model global pertama ini bakal mengubah persepsi orang ramai terhadap Proton dan diharapkan Prevé mampu menjadi 'turning point' kepada halatuju Proton seterusnya dapat membawa Proton ke satu arena yang lebih baik, setanding dengan jenama-jenama lain dari luar negara. Malaysia Boleh!!!

Apa pun, ucapan TAHNIAH saya dahulu kan kepada seluruh warga syarikat, DSZ, abang-abang R&D dan ratusan engineer Prevé dan seluruh individu yang terlibat. Belum pun model ini dilancarkan, kita telah menerima satu maklum balas yang baik daripada sebuah laman rasmi dari Australia www.caradvice.com.au, berkenaan dengan model Proton Preve ini. Jadi kita semua sebagai rakyat Malaysia seharusnya memberikan pujian buat mereka kerana telah berjaya menghasilkan produk global pertama kereta nasional.

Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html



Gambar dari: funtastickodesign


*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.





Thursday, March 29, 2012

Posted by Nazz Abdullah  
THURSDAY, MARCH 29, 2012  

BANK ISLAM ada menyediakan pakej pembiayaan mudah untuk pembelian kenderaan bagi para graduan yang baru bekerja, iaitu Pakej Pembiayaan Kenderaan Skim Graduan atau lebih terkenal sebagai Gradhitz. Di bawah adalah syarat-syarat kelayakan dan butir-butir lengkap mengenai promosi tersebut:


KELEBIHAN YANG DITAWARKAN:
  1. Pembiayaan sehingga 100%
  2. Kadar interest terendah 3.10% ---> (PROMOSI sehingga 30 Jun 2012 sahaja)
  3. Tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun
  4. Pembiayaa dilindungi insurans Takaful (AFTP)
  5. Kemudahan Kad Debit

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
  1. Berumur antara 20-30 tahun
  2. Mempunyai kelulusan Diploma atau Ijazah atau kelayakan Profesional dari Institusi yang di iktiraf
  3. Sudah bekerja
  4. Bekerja di bawah syarikat kerajaan atau syarikat swasta yang bertaraf GLC, Public Listed, Multi-national, atau syarikat-syarikat yang mempunyai data kewangan yang kukuh
  5. Status bekerja mestilah tetap (permanent). Bagi yang berstatus kontrak, tempoh kontrak mestilah berbaki sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh permohonan.
  6. Merupakan pembelian kenderaan yang pertama bagi pemohon

DOKUMEN SOKONGAN:
  1. Salinan Kad Pengenalan & Lesen memandu
  2. Slip gaji 3 bulan terkini
  3. Penyata Bank 3 bulan terkini
  4. Surat Tawan Kerja
  5. Salinan Skrol dan transkrip
* Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya Nazz Abdullah, 017-312 4300.
      - Johor Bahru & Shah Alam -



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...