Powered by Blogger.

Whatsapp kami untuk Tempahan & Maklumat Lanjut:

Adakah RM75K untuk P3-21A berpatutan?

Posted by Nazz Abdullah On 1:05 AM
Posted by Nazz Abdullah  
SUNDAY, FEBRUARY 5, 2012  


     Banyak desas-desus dan pendapat orang ramai yang kurang berpuas hati apabila ada khabar angin mengatakan P3-21A fullspec akan dijual pada harga RM75K, iaitu kenaikan RM15K berbanding Persona Elegance fullspec sekarang. "Ianya terlalu tinggi dan tidak munasabah." Dan ramai yang berpendapat bahawa kereta ini harus dijual pada harga RM65K sahaja, iaitu kenaikan RM5K sahaja daripada model Persona Elegance. Untuk memastikan perkara ni, saya telah membuat sedikit analisis & perbandingan P3-21A dengan model yang akan digantikannya, iaitu Persona Elegance, dari sudut spesifikasi dan harga. So mari kita sama-sama bandingkan, adakah harga RM75K ini berpatutan atau tidak?

Items Persona Elegance H-Line (fullspec) P3-21A (fullspec) Anggaran (Minimum)
Penambahan Kos
Harga RM59,713 RM75,000 (andaian shj) RM15,287 (15K)
Engine Campro IAFM 1.6L Campro CFE 1.6L RM2.5K
Gearbox AT 4-Speed CVT 7-Speed RM1.5K
Sports Mode - with Paddle shifter & (+/-) on gear column RM0.5K
Keyless Push Start,
Auto-climate Aircond,
Rain Sensor,
Light Sensor,
ISOFIX, Multi info Display 
- RM1.5K
Head-unit Single-din
+ Portable GPS
Double-din
+ Touch Screen
+ Reverse Camera
+ Build-in GPS
RM1K
Sport Rim / Tyre 15" / 195 16" / 205 RM0.5K
Airbag 2 Airbag 4 airbag RM1.5K
Traction Control - ESC RM1K
Braking System ABS & EBD 4 Wheels ABS, EBD & BA RM1K
Chassis & Body Current Chassis + the whole new Chassis / Body
+ All new parts & details
+ All new Design
+ NCAP 5 Stars
+ increase in Insurans
RM7K
Others - Unknown items &
Upgrade Parts that we all still don't know
RM3.5K
Total Minimum Kos

RM21.5K
*Semua harga kenaikan kos di atas adalah anggaran kasar semata-semata.

Saya faham di mana kos pembuatan kilang memang jauh lebih rendah daripada kos pembelian di luar. Tetapi harus juga kita ingat, jumlah jualan Proton seluruh dunia dalam jangka masa 1 tahun jauh lebih rendah dari pesaing Honda & Toyota, tidak sampai pun separuh. Jadi sudah tentulah harga kos pembelian oleh Proton tidak serendah seperti kos pembelian Honda & Toyota. Dan perbezaan RM21.5K dengan RM15K adalah amat ketara, iaitu perbezaan RM6.5K. Itupun saya cuba anggarkan semua kos penambahan di atas pada kadar paling minimum. Jika anggaran saya salah sekali pun, masih ada lagi baki RM6.5K untuk menjadikan RM75K harga yang munasabah untuk P3-21A fullspec. Jadi kenaikan RM15K ini sebenarnya tidaklah keterlaluan kalau difikirkan dengan pakej kereta yang bakal diberi.

Jadi jelas di sini, secara matematiknya RM75K untuk fullspec P3-21A adalah harga yang berpatutan. Atau, adakah anda masih lagi menganggap kereta ini patut dijual pada harga RM65K? Iaitu penambahan RM5K sahaja daripada harga Persona Elegance sekarang. Adakah ianya munasabah? Atau adakah anda fikir Persona Elegance sekarang memang sudah sedia mahal? Jadi mari kita bandingkan pula harga dan spesifikasi Persona Elegance dengan rakan terdekatnya.

ItemsPersona Elegance H-Line (fullspec) New Myvi 1.5 Extreme (fullspec)
BuatanTempatan Tempatan
HargaRM59,713 (Metallic) RM61,700 (Metallic)
Engine / Gearbox 1.6 Litre / 4-Speed AT 1.5 Litre / 4-Speed AT
PlayerSingle-din + Portable GPS Double-din + Touchscreen + Build-in GPS
Airbag2 Airbag 2 Airbag
Rear SuspensionMultilink Torsion Beam
Brake (Front / Rear)Disc / Disc Disc / Drum
Sport Rims / Tyre15" / 195 14" / 175
Power SteeringHydraulic Electric
*Saya tidak mengatakan Myvi 1.5 mahal, hanya membuat perbandingan untuk memberikan idea kepada anda bahawa Persona Elegance adalah amat berpatutan.

So adakah Persona Elegance RM60K masih juga mahal jika dibandingkan dengan Myvi Extreme RM62K? Dan adakah munasabah jika P3-21A dengan enjin 1.6L CFE dijual dengan harga RM65K, sedangkan Myvi Extreme pun dijual dengan RM62K?

Apa pun andaian kita semua, haruslah kita berbalik kepada tujuan asal syarikat; Proton membina model ini bukan sebagai 'direct replacement' kepada Persona Elegance. Bermaksud, ianya BUKAN lagi untuk disaingkan dalam pasaran Myvi, Kia Picanto & Suzuki Alto. Ianya dibina bertujuan untuk bersaing di pasaran Vios, City, Forte, Fiesta & Swift yang mempunyai potensi pasaran amat besar di Malaysia. Sebagai buktinya, Toyota berjaya menjual modelnya Vios sebanyak 2,000 unit setiap bulan. Belum dihitung lagi model-model lain seperti City, Forte, Fiesta & Swift. Amatlah rugi sebenarnya jika Proton terus mengabaikan dan tidak memiliki apa-apa modelnya dalam segmen ini.

Sebenarnya, secara peribadi saya juga berharap agar P3-21A ini dijual dibawah RM75K. Tapi kita juga harus ingat, adakah Proton hanya boleh menjual kereta murah? Adakah Proton tidak berhak untuk membina kereta untuk kelas pertengahan dan atasan? Apa jua pun harga yang bakal diletakkan untuk model ini, biarlah kita semua sama-sama tunggu hingga saat perlancaran tiba.


* Segala spesifikasi P3-21A di atas adalah tentatif dan tidak dapat dipastikan sehinggalah maklumat rasmi dikeluarkan.
* Harga P3-21A di atas adalah khabar angin dan andaian semata-semata. Harga sebenar tidak diketahui sehingga maklumat rasmi dikeluarkan.



Site search