Powered by Blogger.

Apakah Maksud PROTON RIDE & HANDLING?

Posted by Nazz Abdullah On 12:04 PM
Posted by Nazz Abdullah  
SATURDAY, FEBRUARY 18, 2012  


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh PROTON RIDE & HANDLING atau sebelum ini lebih dikenali sebagai LOTUS RIDE & HANDLING? Rata-rata apabila saya bertanya kepada pengguna-pengguna kereta Proton sendiri kebanyakan daripada mereka tidak tahu maksud sebenar Proton Ride & Handling. Apakah ia benar-benar wujud dalam kereta Proton anda? Atau adakah ia hanyalah satu gimik pemasaran untuk melaku kan produk Proton semata-mata?

Secara teknikalnya, 'Ride' dan 'Handling' merupakan dua ciri yang berbeza dan bertentangan, dan kedua-dua ciri ini sukar untuk diletakkan di dalam satu kereta secara serentak. Dengan kata lain, anda hanya boleh memilih ciri suspension kereta anda, samaada untuk lebih kepada 'Ride' atau lebih kepada 'Handling'.

RIDE yang dimaksudkan merujuk kepada ciri pemduan yang lebih selesa. Spesifikasi suspensionnya lebih bertujuan menyerap segala hentakan dan gegaran akibat permukaan jalan yang teruk dan berlubang. Disebabkan itu, punumpang di bahagian dalam kenderaan berasa lebih selesa kerana kurang menerima hentakan dan gegaran dari luar. Contoh kenderaan yang memiliki ciri sebegini adalah seperti City, Altis dan banyak lagi. Kereta-kereta ini amat selesa untuk dinaiki dan sesuai untuk yang berkeluaga. Namun keburukannya, dengan suspension yang lembut kenderaan mungkin boleh hilang ciri kawalan (Handling) yang baik. Pemandu akan berasa kurang yakin bila berada di selekoh tajam dan di atas permukaan jalan yang basah & licin.

HANDLING pula merujuk kepada kawalan pemanduan yang tepat dan agresif. Keadaan suspension-nya lebih rendah dan keras membuatkan pemandu mampu mengawal kenderaan dengan lebih tepat, yakin apabila berada diselekoh-selekoh tajam, di atas permukaan jalan yang licin dan keadaan yang terdesak. Dengan spesifikasi suspension sebegini juga, kereta lebih stabil dan ia dapat mengurangkan 'body roll' ketika melakukan selekoh dan mengurangkan potensi untuk terbabas. Tetapi kekurangannya di sini, apabila keadaan suspension terlalu keras, ia mengorbankan ciri keselesaan bagi penumpang yang berada di dalam kerata. Penumpang lebih terdedah kepada hentakan dan gegaran akibat permukaan jalan raya yang tidak rata. Kereta sebegini kurang sesuai untuk dipandu atau dinaiki oleh wanita mengandung kerana gegaran kuat mungkin boleh menyebabkan kesakitan atau keguguran. Namun kereta sebegini amat diminati oleh generasi muda.

Dengan teknologi Lotus, gabungan kedua-dua ciri ini dapat diletakkan dalam kesemua generasi baru kereta Proton seperti Satria Neo, Persona, Saga, Exora & Inspira, agar pemandu dapat menikmati kawalan pemanduan yang tepat tanpa mengorbankan keselesaan penumpang dalam kereta. Contoh terbaik kereta yang boleh kita ambil adalah Proton Persona. Proton Persona memiliki ciri pemanduan yang tepat dan ia mudah dikawal mengikut kehendak pemandu, dalam masa yang sama menjaga keselesaan penumpang dibelakang. Dengan ini ia dapat memenuhi perbezaan citarasa kedua-dua pengguna, samaada yang berkeluarga mahu pun generasi muda. Di sini saya sertakan sebuah video yang mudah untuk anda faham tentang ciri PROTON RIDE & HANDLING.

Video ini menerangkan ciri-ciri Proton Ride & Handling
 



Site search