Powered by Blogger.
Posted by Nazz Abdullah  
SATURDAY, MARCH 03, 2012  


Skrip oleh: Arenakereta.com

Seperti dijanjikan, bro Nazz Abdullah dari blog Proton Sales telah mengirimkan saya galeri gambar jentera-jentera perlumbaan Petronas EON Racing Team (PERT) yang sempat beliau rakamkan di HQ EON Glenmarie beberapa hari lepas.


Saya kurang arif tentang sejarah jentera-jentera tersebut, tentang perlumbaan yang pernah disertai sehinggalah bagaimana akhirnya kesemua jentera-jentera tersebut boleh berada di kawasan parking HQ EON di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Antara jentera PERT yang masih berada di situ ialah Proton Waja, Proton Wira dan jentera Mitsubishi Evolution yang dipandu oleh Karamjit Singh. Juga terdapat model Saga yang tertulis di atas bonetnya Sagarama, sudah tentu itu bukan jentera perlumbaan PERT.

Sekarang pasukan perlumbaan PERT sudah tiada, digantikan dengan pasukan Proton Motorsports yang bersaing hebat menggunakan jentera Proton Satria Neo S2000 dalam pelbagai siri rali dunia.


Walaupun zaman kegemilangan PERT sudah berakhir, diharapkan pihak EON mahu pun Proton sendiri dapat melakukan sesuatu agar jentera-jentera yang pernah menaikkan nama Malaysia itu terus dijaga dengan baik untuk tatapan generasi akan datang.



Site search