Powered by Blogger.

Whatsapp kami untuk Tempahan & Maklumat Lanjut:

Posted by Nazz Abdullah  
TUESDAY, MARCH 06, 2012  


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum perlancaran P3-21A, dan berita mengenainya tiba-tiba menjadi sunyi. tiada sebarang info lanjutan, dan tiada teaser atau promo di mana-mana. Dan nama model ini terus menjadi rahsia. Bermacam-macam juga andaian dan spekulasi tentang nama yang diberikan oleh para peminat.

Sementara itu, saya ingin highlight kan tentang belting sistem dan power assist steering sistem yang bakal digunakan didalam model ini.

Seperti model-modelnya sebelum ini, sistem Timing Belt masih lagi dipilih untuk dimuatkan dalam model ini, bukan sistem Timing Chain. Saya kurang pasti apakah tujuan mereka. Adakah untuk penjimatan kos pembuatan semata-mata? Pasti ada kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua sistem timing belt dan timing chain. Saya kurang arif dan kurang pasti mengenai perkara ini, jadi sesiapa yang mungkin lebih arif mengenainya sudilah kiranya untuk berkongsi.

Selain itu, sistem power steering juga masih menggunakan Hydraulic (HPS), bukan Electric (EPS). Kedua-dua sistem ini juga banyak kelebihan dan kekurangannya jika dibandingkan side by side. Mungkin tak semua kenderaan sama, dan punyai konsep handling yang berbeza-beza. Sekiranya ada diantara anda yang tahu, silalah untuk kongsikan bersama.


Site search