Powered by Blogger.

Whatsapp kami untuk Tempahan & Maklumat Lanjut:

Posted by Nazz Abdullah  
SATURDAY, MARCH 31, 2012  




Itu dia, sudah terang lagi bersuluh, segalanya sudah jelas dan pasti, dan tiada apa lagi yang boleh diselindungkan, baik dari segi paras rupa, nama yang menjadi misteri hingga ke spesifikasi lengkap model terbaru Proton, iaitu Prevé.

Agak pelik dan sedikit berbeza nama ini berbanding dengan model-model Proton lain sebelum ini. Mungkin pihak syarikat ingin mencari sedikit kelainan kerana model global pertama ini bakal mengubah persepsi orang ramai terhadap Proton dan diharapkan Prevé mampu menjadi 'turning point' kepada halatuju Proton seterusnya dapat membawa Proton ke satu arena yang lebih baik, setanding dengan jenama-jenama lain dari luar negara. Malaysia Boleh!!!

Apa pun, ucapan TAHNIAH saya dahulu kan kepada seluruh warga syarikat, DSZ, abang-abang R&D dan ratusan engineer Prevé dan seluruh individu yang terlibat. Belum pun model ini dilancarkan, kita telah menerima satu maklum balas yang baik daripada sebuah laman rasmi dari Australia www.caradvice.com.au, berkenaan dengan model Proton Preve ini. Jadi kita semua sebagai rakyat Malaysia seharusnya memberikan pujian buat mereka kerana telah berjaya menghasilkan produk global pertama kereta nasional.

Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html



Gambar dari: funtastickodesign


*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.





Site search