Powered by Blogger.
Posted by Nazz Abdullah  
WEDNESDAY, MARCH 07, 2012  


Salam, ini mungkin merupakan berita yang sedikit menghampakan. Info tak rasmi ini saya terima daripada sumber yang dipercayai. Event Proton Power of 1 ini sebenarnya mungkin merupakan event yang diadakan untuk menggantikan upacara perasmian P3-21A yang sepatutnya berlangsung pada tarikh yang sama, di tempat yang sama, Stadium Bukit Jalil, 14-18 March 2012.

Ada yang mengatakan event ini terpaksa diadakan kerana pihak Proton telah berbelanja hampir setengah juta dalam kos penyediaan stadium tersebut, dan terpaksa menanggung kerugian jika tidak digunakan. Ada jua yang mengatakan perasmian P3-21A terpaksa ditangguhkan ke bulan hadapan, dan tidak akan dirasmikan pada bulan ini disebabkan masalah-masalah tertentu, antaranya mungkin model tersebut belum bersedia sepenuhnya, atau mungkin kerana pertukaran pengurusan yang baru diambil alih oleh pihak DRB-Hicom masih bercelaru.

Apa yang diberitakan, antara yang bakal ada di event Proton Power of 1 ini adalah seperti booth roadshow, pengenalan kepada syarikat, booth motorsport (Neo S2000 & F1 Car), booth engineering, pelbagai pertunjukan dan bermacam-macam lagi. Mungkin ada juga acara permainan sukan neka macam 'Jom Heboh' kot..

Apa-pun saya yakin, walaupun tanpa kehadiran penuh P3-21A nanti, event ini pasti akan tetap meriah dan kepada sesiapa jua yang berada di sekitar lembah klang, sudilah kiranya luangkan masa anda kesana minggu depan. Dan kepada golongan belia & para peminat automotif, pasti banyak info berfaedah yang boleh anda kutip disana nanti.



 * Sesiapa yang selalu follow blog-blog funtasticko, arenakereta & lain, apa lagi?? ini lah masanya korang nak buat TT!!! buat la temujanji.. ;)




Site search