Powered by Blogger.

Whatsapp kami untuk Tempahan & Maklumat Lanjut:

INFO TERKINI: Sebutan Sebenar PREVÉ adalah 'PRAY-VAE'

Posted by Nazz Abdullah On 7:29 PM
Posted by Nazz Abdullah  
WEDNESDAY, APRIL 4, 2012  


Info Terkini: Saya baru sahaja menerima 'SMS Blast' dari Proton yang dihantar kepada semua Sales Advisor di seluruh negara dan kandungannya adalah seperti berikut:

"RM.0.00: The New Proton PREVÉ: Pronounce as 'pray-vae' (sounds like cafe). Pls share the correct pronunciation with everyone."

Banyak andaian & kekeliruan tentang sebutan nama model terbaru Proton iaitu 'PREVÉ', sejak dari nama itu mula didedahkan seminggu yang lepas. Pelbagai sebutan telah diberi seperti 'Preev', 'Pre-vey' dan macam-macam lagi, sehingga saya sendiri pun terkeliru.

Jadi sebutan yang sebenar adalah 'Pray' 'Vae', sama seperti sebutan 'Ca' 'Fe'. Diharap tiada lagi kekeliruan atau kesilapan tentang sebutan nama model ini..

Sebut betul-betul..... 'Pray - Vae'..... ;)

Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html


*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.



Site search