Saturday, June 15, 2013

Super Value, SAGA FLX SV dari RM33,888

Posted by Nazz Abdullah On 1:02 PM
Posted by Nazz Abdullah  
SATURDAY, JUNE 15, 2013


Kereta kompak sedan termurah di Malaysia, Saga FLX kini hampir RM5,000 lebih rendah, dengan model terbarunya iaitu SAGA SV (Super Value). Sebagai menyahut seruan pengguna, Proton telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan model kompak sedan mampu milik dengan harga terendah di pasaran tanpa mengabaikan aspek dan ciri-ciri keselamatan yang wajib ada dalam sesebuah kenderaan.

Berkapasiti 1,300cc, Saga SV didatangkan dalam dua transmisi, iaitu manual dengan harga RM33,888 dan auto (CVT) dengan harga RM36,888. Tidak banyak perbezaan aksesori yang ketara diantara model SV ini dengan model Standard, malah ianya masih mengekalkan ciri front Dual SRS Airbag, Electric Power Window untuk keempat-empat pintu dihadapan dan belakang, Power Steering dan banyak lagi. Aksesori yang TIADA pada model SV ini berbanding model Standard ialah door visor, coil mat ditukar kepada carpet mat, trunk lid carpet, luggage tray, first aid kit, safety triangle dan exhaust muffler cutter.




P/s:  Model Saga SV ini memang berbaloi dengan harganya yang sangat berpatutan dan mampu, sesuai untuk mereka yang berpendapatan sederhana atau yang baru bekerja, memandangkan ruang bonet belakang yang agak luas dan jimat minyak, ataupun untuk mereka yang mencari kenderaan untuk dijadikan kereta kedua.


CALL / SMS: 017-312 4300
En. Nazz Abdullah
Johor Bahru Area


Site search