Powered by Blogger.

Model Baru Proton *iRIZ Bakal Gegar !!

Posted by Nazz Abdullah On 4:29 PM
     Bertahun lamanya sejak 2006, hampir 70% kereta kompak segmen-B di negara kita dikuasai oleh Perodua Myvi. Sana sini kita lihat Myvi, sehingga banyak rungutan yang kita dengar oleh para pengguna kerana tiada pilihan lain pada harga RM45k - RM60k untuk mereka pilih, hingga ada yang terpaksa berkorban membeli model kereta yang sama dengan adik-beradik atau saudara-mara mereka.

Sehinggalah tarikh 25th SEPTEMBER 2014 depan, PROTON bakal melancarkan sebuah model kompak terbarunya, IRIZ (nama yang belum pasti) yang akan dilengkapi dengan pelbagai aksesori modenciri-ciri keselamatan mewah bertaraf antarabangsa, enjin VVT baru yang lebih efektif dalam penggunaan petrol dan juga reka bentuknya yang menawan yang pastinya akan mencuri hati para pengguna muda kaum wanita mahupun lelaki, dan umumnya seluruh rakyat Malaysia.




Antara ciri-ciri yang bakal dimuatkan dalam PROTON IRIZ:
(*Untuk Variasi Premium)

SAFETY/KESELAMATAN Bertaraf Antarabangsa:

  1. 6 Airbag (Beg Udara Berkembar)
  2. Chasis/Kerangka yang diuji kukuh (Australia NCAP 5-Stars)
  3. ABS + EBD pada kesemua 4 roda
  4. Brake Assist
  5. Hill-Hold Assist
  6. Electronic Stability Control
  7. Traction Control System
  8. Electronic Power Steering
AKSESORI MODEN YANG MENARIK:
  1. Push START Button
  2. Keyless Entry
  3. Radio Skrin Sentuh (touch screen) dengan GPS
  4. Proton Infotaiment System
  5. Reverse Camera
  6. WiFI Internet dalam kereta
  7. Kerusi & kemasan kulit (Leather Seat)
  8. 7 tempat letak cawan (7 cup holders)
  9. Dan banyak lagi

Proton IRIZ juga yang dijana oleh enjin baru VVT bakal dikeluarkan dalam 4 variasi, 1.3cc STANDARD, 1.3cc EXECUTIVE, 1.6cc EXECUTIVE & 1.6cc PREMIUM. Semua variasi tersebut boleh didapati dalam dua transmisi MANUAL & AUTO (CVT). Harganya yang mampu milik dijangkakan dari RM42,xxx hingga RM62,xxx.

Untuk menggelakkan menunggu tempoh yang lama, tempahan untuk kereta ini telah pun dibuka awal bermula pada 14 SEPT 2014, Dan anda dinasihatkan supaya membuat tempahan seawalnya.

Untuk tempahan & keterangan lanjut sila hubungi:

CALL: 012-7107042
Sofia
(Caw. Johor Bahru)
e-mail: lina.sofia.aman@gmail.com





- Gambar dari Paultan.org



Site search