Powered by Blogger.

Whatsapp kami untuk Tempahan & Maklumat Lanjut:

TIPS: 10 Cara JIMAT PETROL Paling Mudah !!

Posted by Nazz Abdullah On 1:01 AM
WEDNESDAY, JULY 17, 2014  


Penulis: Nazz Abdullah

Tidak dinafikan, dalam kehidupan seharian kita, isu petrol merupakan sesuatu yang penting dan amat merunsingkan. Petrol sebenarnya merupakan satu keperluan asas yang mesti ada dan tak mampu dielak oleh kita semua. 

Jadi hari ini saya ingin berkongsi 10 tips paling mudah dilakukan, paling berkesan dan paling efektif dalam mengurangkan & menjimatkan penggunaan Petrol. Anda disaran mencuba seberapa yang boleh. Selamat mencuba !!


1. Isi minyak di awal pagi atau pada waktu  sejuk
Petrol adalah cecair yang mudah meruap. Jadi kapasiti petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, anda akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.

Jadi, rancanglah & isi minyak pada waktu awal pagi atau waktu sejuk bagi mengurangkan kerugian petrol anda hilang ditelan angin.

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan
Isi minyak perlahan-lahan supaya petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan wap petrol dari meruap bebas ke udara. Tarik picu perlahan-lahan, perhatikan meter pada pam minyak supaya angka liter tidak berjalan secara terlalu laju. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

3. Isi minyak ketika minyak anda masih separuh (50%)
Semakin banyak baki petrol dalam tangki anda, semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap. Jadi, anda akan mendapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

4. Kurangkan beban yang dipikul kenderaan anda
Keluarkan barang yang tidak perlu. Contohnya fail-fail, peralatan kerja, timbunan kasut atau aksesori kereta yang tidak mendatangkan apa-apa seperti spoiler, bodykit, alas dashboard dan macam-macam lagi. Tanggalkan dan tinggalkan di rumah atau di ofis, bawa apa yang diperlukan sahaja. Penambahan berat sebanyak 50KG meningkatkan penggunaan petrol sebanyak 2%Lagi ringan kereta anda lagi jimat.

Dapatkan diskaun RM5,000 + 1 year Wifi FREE + 3 years servis FREE selagi promosi masih ada

5. Pastikan tekanan angin tayar anda cukup dan sekata
Sentiasa perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat (dan cepat botak) dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah 5% disebabkan geseran tayar yang berlebihan.

6. Kawal Kelajuan
Semakin perlahan anda memandu, Semakin jimat minyak digunakan. Memandu melebihi 90km/j akan meningkatkan penggunaan minyak dengan ketara.
Secara amnya, pemanduan pada kelajuan 100km/j akan meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 10%, 105km/j sebanyak 15% dan 110km/j sebanyak 25%.

Lihat RPM kereta anda. Jika anda memandu melebihi 3,000RPM kemungkinan enjin anda memerlukan lebih minyak. 

7. Penggunaan Gear yang betul (Manual)
Gunakan gear yang sesuai dengan kelajuan anda. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak yang ketara kerana enjin akan bertindak lebih pantas. menggunakan gear tinggi pada kelajuan yang rendah juga akan membazirkan minyak kerana anda akan menekan pemacu/pedal minyak lebih daripada sepatutnya.

8. Penggunaan Brek yang betul
Kurangkan penggunaan brek, ini kerana setiap kali anda membrek, anda sedang menghapuskan daya momentum kereta anda yang sedang bergerak, bermaksud anda sedang bazirkan minyak anda. Cuba gunakan daya momentum kereta anda yang sedang bergerak yang dihasilkan daripada pembakaran petrol seberapa yang boleh. Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.

9. Tutup tingkap kereta/Tanggalkan spoiler
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu dan elakkan memasang spoiler yang menegak ke atas bagi melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan mengalamai rintangan angin menyebabkan kereta bergerak lebih perlahan dan menyebabkan anda perlu menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.

Fikirkan, konsepnya sama seperti payung terjun, ia digunakan untuk memperlahankan penerjun dari menjunam ke bawah.

10. Jaga enjin kenderaan/Servis ikut tempoh
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis. Tukar minyak hitam mengikut jadual ditetapkan. Gunakan minyak pelincir yang tulen & berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Semakin licin minyak hitam, semakin kurang geseran dlm enjin. Dan semakin kurang geseran, semakin mudah untuk ia bergerak.


P/S: Cadangan model kereta yang terbukti JIMAT MINYAK & tidak mengabaikan aspek KESELAMATAN (mengikut segmen masing-masing):-
1) Saga FLX
2) Proton IRIZ
3) Proton INSPIRA


Site search