Posted by Nazz Abdullah
SATURDAY, FEBRUARY 18, 2012
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh
PROTON RIDE & HANDLING atau
sebelum ini lebih dikenali sebagai
LOTUS RIDE & HANDLING? Rata-rata
apabila saya bertanya kepada pengguna-pengguna kereta Proton
sendiri kebanyakan daripada mereka tidak tahu maksud sebenar Proton
Ride & Handling. Apakah ia benar-benar wujud dalam kereta Proton
anda? Atau adakah ia hanyalah satu gimik pemasaran untuk melaku kan produk Proton semata-mata?
Secara teknikalnya, 'Ride' dan 'Handling' merupakan dua ciri yang
berbeza dan
bertentangan, dan kedua-dua ciri ini sukar untuk diletakkan di dalam
satu kereta secara serentak. Dengan kata lain, anda hanya boleh
memilih ciri suspension kereta anda, samaada untuk lebih kepada
'Ride' atau lebih kepada 'Handling'.
RIDE yang dimaksudkan merujuk kepada ciri pemduan yang lebih
selesa. Spesifikasi suspensionnya lebih bertujuan menyerap segala hentakan
dan gegaran akibat permukaan jalan yang teruk dan berlubang. Disebabkan itu, punumpang di bahagian dalam kenderaan berasa lebih
selesa kerana kurang menerima hentakan dan gegaran dari luar. Contoh kenderaan
yang memiliki ciri sebegini adalah seperti City, Altis dan banyak
lagi. Kereta-kereta ini amat selesa
untuk dinaiki dan sesuai untuk yang berkeluaga. Namun keburukannya, dengan suspension yang lembut kenderaan mungkin boleh hilang ciri kawalan (Handling) yang baik. Pemandu akan
berasa kurang yakin bila berada di selekoh tajam dan di atas permukaan jalan yang basah & licin.
HANDLING pula merujuk kepada kawalan
pemanduan yang tepat dan
agresif. Keadaan suspension-nya lebih rendah dan keras membuatkan
pemandu mampu mengawal kenderaan dengan lebih tepat, yakin
apabila berada diselekoh-selekoh tajam, di atas permukaan jalan yang licin dan keadaan yang terdesak. Dengan spesifikasi suspension
sebegini juga, kereta lebih stabil dan ia dapat mengurangkan '
body roll' ketika melakukan
selekoh dan mengurangkan potensi untuk terbabas. Tetapi kekurangannya di sini, apabila keadaan suspension
terlalu keras, ia mengorbankan ciri keselesaan bagi penumpang
yang berada di dalam kerata. Penumpang lebih terdedah kepada
hentakan dan gegaran akibat permukaan jalan raya yang tidak rata.
Kereta sebegini kurang sesuai untuk dipandu atau dinaiki oleh
wanita mengandung kerana gegaran kuat mungkin boleh menyebabkan
kesakitan atau keguguran. Namun kereta sebegini amat diminati oleh
generasi muda.

Dengan teknologi Lotus, gabungan kedua-dua ciri ini dapat diletakkan dalam kesemua generasi baru kereta Proton seperti Satria Neo, Persona, Saga, Exora & Inspira, agar pemandu dapat menikmati
kawalan pemanduan yang tepat tanpa mengorbankan keselesaan
penumpang dalam kereta. Contoh terbaik kereta yang boleh kita ambil
adalah Proton Persona. Proton Persona memiliki ciri pemanduan yang
tepat dan ia mudah dikawal mengikut kehendak pemandu, dalam masa yang
sama menjaga keselesaan penumpang dibelakang. Dengan ini ia dapat memenuhi perbezaan citarasa kedua-dua pengguna, samaada yang berkeluarga mahu pun generasi muda. Di sini saya sertakan
sebuah video yang mudah untuk anda faham tentang ciri
PROTON RIDE &
HANDLING.
Video ini menerangkan ciri-ciri Proton Ride & Handling