Powered by Blogger.

.

.

Lagi Mengenai Spesifikasi P3-21A

Posted by Nazz Abdullah On 2:44 PM
Posted by Nazz Abdullah  
WEDNESDAY, FEBRUARY 29, 2012  

Ilustrasi dari sahabat g-mie

Banyak yang kita sudah ketahui mengenai produk terulung Proton yang bakal dilancarkan dalam beberapa minggu lagi, iaitu P3-21A, tak kira sama ada dari sudut prestasi enjin, ciri-ciri keselamatan, aksesori dalaman dan luaran, dan spesifikasi-spesifikasi lain.

Kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua lebih terperinci mengenai produk ini yang saya rasa masih belum anda semua ketahui.

  • P3-21A ini didatangkan dengan 2 point 'Front strut bar' yang memegang kedua-dua roda hadapan kereta. Strut bar ini berfungsi untuk mengurangkankan body roll ketika kenderaan berada di selekoh-selekoh tajam, sekaligus mengembalikan cengkaman pada kedua-dua roda tersebut keatas jalan raya.
Gambar Contoh

  • Sambungan boot/trunk di belakang tidak menggunakan sistem absorber seperti Persona, tetapi hanya menggunakan sistem seperti Saga. Kedua-dua sistem ini sama sahaja fungsinya dan tidak memberikan apa-apa perbezaan malah Honda City juga menggunakan sitem yang sama. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk mereka menjimatkan kos supaya mereka dapat fokus kepada bahagian yang lebih utama.
Gambar Contoh

  • Saya difahamkan bahawa tiada lagi lining Chrome di bahagian belakang untuk versi Premium P3-21A ini. Untuk kesemua versi lining tersebut akan di cat mengikut warna kereta.

P/s: Pasti ramai yang tidak sabar menantikan saat pelancaran model ini. Dan pastinya banyak lagi butir-butir dan spesifikai yang belum diketahui. Jadi untuk memastikan segalanya, sama-sama lah kita tunggu sehingga produk sebenar dilancarkan.


Apakah Maksud PROTON RIDE & HANDLING?

Posted by Nazz Abdullah On 12:04 PM
Posted by Nazz Abdullah  
SATURDAY, FEBRUARY 18, 2012  


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh PROTON RIDE & HANDLING atau sebelum ini lebih dikenali sebagai LOTUS RIDE & HANDLING? Rata-rata apabila saya bertanya kepada pengguna-pengguna kereta Proton sendiri kebanyakan daripada mereka tidak tahu maksud sebenar Proton Ride & Handling. Apakah ia benar-benar wujud dalam kereta Proton anda? Atau adakah ia hanyalah satu gimik pemasaran untuk melaku kan produk Proton semata-mata?

Secara teknikalnya, 'Ride' dan 'Handling' merupakan dua ciri yang berbeza dan bertentangan, dan kedua-dua ciri ini sukar untuk diletakkan di dalam satu kereta secara serentak. Dengan kata lain, anda hanya boleh memilih ciri suspension kereta anda, samaada untuk lebih kepada 'Ride' atau lebih kepada 'Handling'.

RIDE yang dimaksudkan merujuk kepada ciri pemduan yang lebih selesa. Spesifikasi suspensionnya lebih bertujuan menyerap segala hentakan dan gegaran akibat permukaan jalan yang teruk dan berlubang. Disebabkan itu, punumpang di bahagian dalam kenderaan berasa lebih selesa kerana kurang menerima hentakan dan gegaran dari luar. Contoh kenderaan yang memiliki ciri sebegini adalah seperti City, Altis dan banyak lagi. Kereta-kereta ini amat selesa untuk dinaiki dan sesuai untuk yang berkeluaga. Namun keburukannya, dengan suspension yang lembut kenderaan mungkin boleh hilang ciri kawalan (Handling) yang baik. Pemandu akan berasa kurang yakin bila berada di selekoh tajam dan di atas permukaan jalan yang basah & licin.

HANDLING pula merujuk kepada kawalan pemanduan yang tepat dan agresif. Keadaan suspension-nya lebih rendah dan keras membuatkan pemandu mampu mengawal kenderaan dengan lebih tepat, yakin apabila berada diselekoh-selekoh tajam, di atas permukaan jalan yang licin dan keadaan yang terdesak. Dengan spesifikasi suspension sebegini juga, kereta lebih stabil dan ia dapat mengurangkan 'body roll' ketika melakukan selekoh dan mengurangkan potensi untuk terbabas. Tetapi kekurangannya di sini, apabila keadaan suspension terlalu keras, ia mengorbankan ciri keselesaan bagi penumpang yang berada di dalam kerata. Penumpang lebih terdedah kepada hentakan dan gegaran akibat permukaan jalan raya yang tidak rata. Kereta sebegini kurang sesuai untuk dipandu atau dinaiki oleh wanita mengandung kerana gegaran kuat mungkin boleh menyebabkan kesakitan atau keguguran. Namun kereta sebegini amat diminati oleh generasi muda.

Dengan teknologi Lotus, gabungan kedua-dua ciri ini dapat diletakkan dalam kesemua generasi baru kereta Proton seperti Satria Neo, Persona, Saga, Exora & Inspira, agar pemandu dapat menikmati kawalan pemanduan yang tepat tanpa mengorbankan keselesaan penumpang dalam kereta. Contoh terbaik kereta yang boleh kita ambil adalah Proton Persona. Proton Persona memiliki ciri pemanduan yang tepat dan ia mudah dikawal mengikut kehendak pemandu, dalam masa yang sama menjaga keselesaan penumpang dibelakang. Dengan ini ia dapat memenuhi perbezaan citarasa kedua-dua pengguna, samaada yang berkeluarga mahu pun generasi muda. Di sini saya sertakan sebuah video yang mudah untuk anda faham tentang ciri PROTON RIDE & HANDLING.

Video ini menerangkan ciri-ciri Proton Ride & Handling
 



Gelombang Pertama P3-21A

Posted by Nazz Abdullah On 12:45 AM
Posted by Nazz Abdullah  
FRIDAY, FEBRUARY 17, 2012  

     Salam semua, saya ingin memohon maaf kepada anda semua diatas kesulitan yang telah berlaku beberapa hari lepas mengenai isu gambar P3-21A yang terpaksa ditarik balik. Saya ingin memohon kerjasama anda semua, para penulis blog tempatan, forumer dan Facebook agar menarik semula semua gambar-gambar tersebut dengan serta-merta diatas sebab menghormati keputusan syarikat.

Namun, saya amat berbangga kerana sempat mendengar maklum balas yang amat positif daripada anda semua tentang produk ini. Nyatalah kehadiran P3-21A ini telah membuka satu lembaran era baru kepada arena automotif negara. Dan saya yakin kebanyakkan daripada anda semua merupakan generasi muda, seperti saya, yang mungkin suatu hari nanti, masa depan industri automotif negara terletak di bahu kita.

Jadi sekali lagi saya memohon kepada para penulis blog agar dapat menurunkan gambar-gambar tersebut. Kepada rakan-rakan seperjuangan, sila sebarkan mesej ini, jika terjumpa blog-blog, forum, Facebook atau sebagainya yang masih belum tersedar perkara ni.

Secara peribadinya, saya memohon maaf kepada pihak Proton atas segala kesulitan yang berlaku. Tetapi sekurang-kurangnya, kita dapat sama-sama melihat betapa besarnya gelombang awal yang telah dibawa oleh P3-21A ini. Ianya nyata dan positif.

Terima kasih saya ucapkan pada rakan seperjuangan yang menyokong, terutamanya kepada sahabat campromania (funtastickodesign.wordpress.com), arenakereta.com dan ramai lagi bro bro lain yang sedang berusaha membantu saya. Tidak ada yang mustahil, kerana saya tidak bekerja seorang diri. Jadikan ini satu titik tolak untuk kita semua bersatu.

"DRIVE IT TO BELIEVE IT"


Terima Kasih saya ucapkan kepada yang telah memberikan kerjasama:

Blog:
http://funtastickodesign.wordpress.com/
http://www.arenakereta.com/

http://beritasemasa.com/
http://www.ohtidak.com/
http://facebookaans.blogspot.com/
http://www.cinoscaraku.com/
http://ayampenyek.blogspot.com
http://ice-creamberry.blogspot.com/

http://panggungopera.blogspot.com/
http://www.jejaktrend.com/

Forum:
http://forum.lowyat.net/topic/2227213
http://www.lowyat.net

http://carigold.com/portal/forums/

dan juga beberapa laman facebook


Wallpaper P3-21A

Posted by Nazz Abdullah On 2:53 PM
Posted by Nazz Abdullah  
THURSDAY, FEBRUARY 16, 2012  


"drive it to BELIEVE it"

Apakah nama yang bakal diberi untuk anak baru Proton yang bakal dilahirkan bulan depan nanti ???
Apakah namanya mungkin ada kaitan dengan slogan di atas  ???



Lagi Butiran Terkini P3-21A

Posted by Nazz Abdullah On 10:49 PM
Posted by Nazz Abdullah  
TUESDAY, FEBRUARY 14, 2012  


Salam semua.. Inilah model yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh sebahagian rakyat Malaysia, P3-21A dan berita mengenainya tidak henti-henti dan semakin panas diperkatakan sejak tahun 2010 lagi. Banyak informasi yang saya ingin kongsikan pada anda semua kali, ada diantara ciri-ciri nya telah pun kita semua ketahui sebelum ini yang telah didedahkan oleh rakan-rakan dan Tun Mahathir juga di blognya chedet.cc, tetapi banyak lagi rupanya ciri-ciri lain yang masih belum di kenalpasti. Antaranya adalah seperti berikut.


ACCESSORIES
  1. Auto fold/unfold side mirror - Side mirror akan automatik fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti yang ada pada Exora BOLD
  2. Auto Off Rear Demister - Mengelakan tint menggelembung
  3. Follow Home Lamp
  4. Headlamp Warning Buzzer
  5. Trunk Remote Release
  6. Front & Rear Socket 12V - Terdapat di bahagian hadapan dan belakang
  7. Utility Hook - Terdapat pada ruang penumpang hadapan seperti Exora, dan juga di ruang belakang pada area 'pilar B'
  8. Low Rear Hump - Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit dengan kini bonggolan tengah di lantai ruang kaki belakang lebih rendah
  9. Front & Rear Fog Lamp
  10. Anti-Trap Power Windor - Driver side only
  11. Seat Material - Water repellent Fabric. Seat boleh fold 60:40. Material sangat lembut dan selesa
  12. Smart Info Display (SID) - Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri pada kunci lemah dan lain-lain
  13. Autolock & Advance Lock System
  14. Magnisium Inside Door Handle
  15. Keyless Entry - Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu
  16. BOSCH Head-Unit - 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
  17. YES WiFi Modem - In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
  18. S-Mode (Sport) - Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S-Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif
  19. BCM - Body Control Module

SAFETY
  1. 4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
  2. TC (Traction Control)
  3. ESC (Electronic Stability Control)
  4. BA (Braking Assist)
  5. 4 AIRBAG - Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletakkan di tempat duduk hadapan
  6. 5 STARS Australia NCAP - Orang ramai tidak perlu lagi ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran P3-21A ini, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan diuji bukan ditentukan oleh Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang model tersebut dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan diuji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP. Dan saya sendiri tidak hairan tentang markah penuh tersebut setelah milihat video perlanggaran P3-21A dengan kelajuan 140km/h, bahagian 'pilar A' langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, ini membuatkan cermin hadapan tidak berderai, hanya retak atas kesan letupan Airbag sahaja. Untuk perbandingan, diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic, hanya Civic sahaja yang mempunyai rekod NCAP, iaitu Japan NCAP.

DIMENSION
  1. Length = 4.543m
  2. Width = 1.786m
  3. Height = 1.524m
    - Size luar keseluruhan kereta menunjukkan P3-21A lebih besar daripada City, Vios, Forte, Altis & Civic

CHASSIS
  1. Boot Space: 508 liter - Terbesar diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic
  2. Turning Radius: 5.3 meter
  3. Full Tank Capacity: 50 liter
  4. Aerodynamic (Rintangan Angin): CD Factor = 0.30 - Untuk perbandingan, Audi TT memiliki CD Factor = 0.29. Secara theory nya, semakin kurang rintangan angin, semakin kurang penggunaan petrol ;)

POWER-TRAIN
  1. 1.6L CFE with 7-speed Pro-Tronic CVT3 (VVT) - 205Nm @ 2,000rpm ; 140PS
  2. 0-100km/h: 9.6 saat - Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6: 12.5 saat

VARIANT
  1. Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
  2. Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
  3. Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT

COLOR
  1. Solid White
  2. Tranquility Black
  3. Genetic Silver
  4. Fire Red (my favorite)
  5. Blue Lagoon

Ciri-ciri lain yang telah diketahui sebelum ini:
  1. Auto Cruise Control
  2. Keyless Push Start (ON/OFF)
  3. Magnesium Paddle Shift 7-speed & Manual Mode (+/-) on gear column
  4. Audio Switch Steering Control
  5. Soft touch plastic dashboard
  6. Emblem on Steering Wheel
  7. ISOFIX
  8. Rain Sensor
  9. Light Sensor
  10. Day light Front LED
  11. Sport Rim 16" (10 Spoke)
  12. Multi-link rear suspension with Lotus RIDE & HANDLING

     Sementara itu, saya sempat menyampaikan pendapat para komentar di internet dan blog kepada pihak atasan, yang mana Proton kurang membuat pengiklanan dan promosi di Television tentang kelebihan dan ciri-ciri yang ada dalam kereta-kereta mereka. Pihak Proton menerima pendapat tersebut dan susulan segera akan diambil. Terima kasih kepada yang memberikan pendapat dan maklum balas positif. Kita semua sudah tentunya tidak mahu abang-abang R&D 'syok sendiri' buat itu buat ini, tapi akhirnya makcik-makcik kat rumah yang layan drama TV, tak tau-menahu tentang 'improvement' dan kelebihan produk yang kita ada, sebab adik-adik di bahagian Marketing terlepas pandang, walhal makcik-makcik kat rumah tu lah sebenarnya merupakan 'decision maker' dalam keluarga mereka.

     Secara keseluruhan dan peribadinya, saya amat berpuas hati dengan ciri-ciri yang diberi. Dari segi reka-bentuk, saya juga yakin ramai akan berpuas hati setelah melihat sendiri di depan mata. Ada yang bertanyakan kepada saya sebelum ini, apakah 'WOWW!!! factor' P3-21A ini? Bagi saya, 'WOWW!!! factor' model ini bukan sahaja pada reka-bentuk, tetapi lebih pada ciri-ciri yang ditawarkan. Memang tiada tolok bandingnya model ini dalam Segment C, dan yakin saya katakan, "BEST IN ITS CLASS". Dan secara keseluruhan, semua ciri-ciri (accessories, performance, safety, space & etc.) yang diberi, tiada dalam City, Vios, Forte, Altis, Civic, Swift & Fiesta. Mungkin salah satu atau beberapa memang ada, tetapi bukan semua sekali gus dalam sebuah kereta. Ciri-ciri sebegini hanya mungkin ada dalam sebuah kereta RM130,000 dan keatas sahaja.

P3-21A... DRIVE IT TO BELIEVE IT!!!!


P/s: Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan (Booking) awal, atau ingin menjadi antara pengguna pertama P3-21A di jalan raya, sila tinggalkan alamat e-mail anda di ruangan komen dibawah, agar mudah & cepat untuk saya menghubungi anda sekiranya ada maklumat terkini mengenai tempahan. Terima kasih.
Saya berbesarhati jika sudi anda 'share' kan page ini di laman Facebook & Tweeter anda. tq.. ;)


Usahasama Proton-VW kembali diperkatakan - DRB-Hicom

Posted by Nazz Abdullah On 10:53 AM
Posted by Nazz Abdullah  
FRIDAY, FEBRUARY 10, 2012

  

     DRB-Hicom Bhd tidak akan sama sekali menjadikan PROTON Holdings Bhd sebagai syarikat yang sekadar memasang kereta jenama asing, tetapi akan memastikannya dapat membangunkan dan mengeluarkan barisan model bermutu tinggi dengan memanfaatkan hubungannya dengan gergasi automotif asing.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, berkata langkah membangunkan produk baru dengan kombinasi penggunaan teknologi kepakaran asing dan tempatan amat penting buat PROTON Holdings menghasilkan produk bermutu tinggi dan berdaya saing bukan saja bagi pasaran tempatan, malah pada peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, ia juga sekali gus dapat mengukuhkan keyakinan dan kepuasan pengguna terhadap kualiti jenama PROTON, serta pada masa sama memartabatkan industri automotif tempatan di persada dunia.

“Kita (PROTON Holdings) tidak seharusnya hanya tahu memasang produk asing atau menjenamakan semula jenama kereta asing untuk dipasarkan sebagai model sendiri kerana cara itu tidak progresif.

“Kita (PROTON Holdings) harus menubuhkan pakatan strategik dengan syarikat automotif asing yang mampu memberikan kelebihan dari segi pengukuhan dan pembangunan produk baru sama ada dari segi rekaan, teknologi dan lain-lain lagi,” katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan eksekutif tertinggi DRB-Hicom dan Volkswagen AG (VW) sedang berunding bagi merencanakan strategi baru membabitkan PROTON Holdings.
Dilaporkan, ia antara lain mengaitkan kemungkinan VW menggunakan kilang pengeluaran milik PROTON Holdings di Tanjung Malim, Perak, yang kini kurang digunakan kapasitinya bagi memasang kenderaan baru dan sedia ada VW untuk pasaran Asia.

Mohd Khamil berkata, sebagai rakan strategik, DRB-Hicom dan pengeluar kenderaan terbesar Eropah itu sentiasa mengadakan pertemuan, khususnya berhubung aspek pemasangan kenderaan jenama Volkswagen di Pekan, Pahang, dan perkara bersangkutan dengannya.

“Kami (DRB-Hicom dan VW) sentiasa mengadakan pertemuan, ter-utama mengenai kerjasama memasang kereta VW di Pekan. Ia (pertemuan) tidak semestinya membabitkan PROTON Holdings saja,” jelasnya sambil menyifatkan strategi mengoptimumkan kapasiti kilang pengeluaran PROTON di Tanjung Malim dengan memasang produk kenderaan jenama asing sebagai perancangan masa depan yang tidak inovatif dan tidak berpandangan jauh.

“Menjadikan rakan pengeluar peralatan tulen (OEM) datang (ke Malaysia) dengan menjual separuh daripada kapasiti kilang pengeluaran PROTON Holdings di Tanjung Malim dengan tujuan meningkatkan kembali kapasiti pengeluarannya bukanlah keutamaan DRB-Hicom,” katanya.


Sumber dipetik dari Berita Harian



Proton Sedia Terima Kritikan?

Posted by Nazz Abdullah On 12:22 AM
Posted by Nazz Abdullah  
THURSDAY, FEBRUARY 9, 2012  


     Cuma nak share dengan semua, poster ni saya terperasan baru-baru ni dekat ruang showroom di office saya. Kata-kata yang ada dipaparkan dalam poster ni seperti berikut:

"As our customer, you are our priority. We've been making improvements so you can enjoy satisfying Proton experience. We welcome your feedback so we can serve you even better."

Setiap individu dalam poster ni mewakili setiap deparment/division dalam Proton seperti bahagian jualan, servis, Proton i-care, marketing dan lain-lain. Nampaknya pihak Proton benar-benar bersedia membuka telinga mendengar pandangan & idea orang ramai.

Diharapkan pihak Proton selepas ini bukan sahaja dapat menerima dan mendengar feedback orang ramai, malah yang paling penting sekali adalah mengguna pakai dan mengaplikasikan mana-mana pendapat & kritikan yang positif & membina.

Jadi kepada individu yang selalu mengkritik dan menjatuhkan Proton, kenapa anda masih perlu bersembunyi di sebalik skrin monitor anda? Ini adalah peluang terbaik anda untuk tampil ke hadapan dan menyuarakan rasa tidak puas hati anda.

Untuk mengajukan sebarang maklum balas:
Boleh terus ke 'Centre of Excellent', Shah Alam

Atau
Jika malu nak tampilkan diri, boleh hubungi 'Proton i-care' di talian hotline 1300-880-888

p/s: Posing tanak kalah, macam Italian Job pon ada jugak.. ;)



Adakah RM75K untuk P3-21A berpatutan?

Posted by Nazz Abdullah On 1:05 AM
Posted by Nazz Abdullah  
SUNDAY, FEBRUARY 5, 2012  


     Banyak desas-desus dan pendapat orang ramai yang kurang berpuas hati apabila ada khabar angin mengatakan P3-21A fullspec akan dijual pada harga RM75K, iaitu kenaikan RM15K berbanding Persona Elegance fullspec sekarang. "Ianya terlalu tinggi dan tidak munasabah." Dan ramai yang berpendapat bahawa kereta ini harus dijual pada harga RM65K sahaja, iaitu kenaikan RM5K sahaja daripada model Persona Elegance. Untuk memastikan perkara ni, saya telah membuat sedikit analisis & perbandingan P3-21A dengan model yang akan digantikannya, iaitu Persona Elegance, dari sudut spesifikasi dan harga. So mari kita sama-sama bandingkan, adakah harga RM75K ini berpatutan atau tidak?

Items Persona Elegance H-Line (fullspec) P3-21A (fullspec) Anggaran (Minimum)
Penambahan Kos
Harga RM59,713 RM75,000 (andaian shj) RM15,287 (15K)
Engine Campro IAFM 1.6L Campro CFE 1.6L RM2.5K
Gearbox AT 4-Speed CVT 7-Speed RM1.5K
Sports Mode - with Paddle shifter & (+/-) on gear column RM0.5K
Keyless Push Start,
Auto-climate Aircond,
Rain Sensor,
Light Sensor,
ISOFIX, Multi info Display 
- RM1.5K
Head-unit Single-din
+ Portable GPS
Double-din
+ Touch Screen
+ Reverse Camera
+ Build-in GPS
RM1K
Sport Rim / Tyre 15" / 195 16" / 205 RM0.5K
Airbag 2 Airbag 4 airbag RM1.5K
Traction Control - ESC RM1K
Braking System ABS & EBD 4 Wheels ABS, EBD & BA RM1K
Chassis & Body Current Chassis + the whole new Chassis / Body
+ All new parts & details
+ All new Design
+ NCAP 5 Stars
+ increase in Insurans
RM7K
Others - Unknown items &
Upgrade Parts that we all still don't know
RM3.5K
Total Minimum Kos

RM21.5K
*Semua harga kenaikan kos di atas adalah anggaran kasar semata-semata.

Saya faham di mana kos pembuatan kilang memang jauh lebih rendah daripada kos pembelian di luar. Tetapi harus juga kita ingat, jumlah jualan Proton seluruh dunia dalam jangka masa 1 tahun jauh lebih rendah dari pesaing Honda & Toyota, tidak sampai pun separuh. Jadi sudah tentulah harga kos pembelian oleh Proton tidak serendah seperti kos pembelian Honda & Toyota. Dan perbezaan RM21.5K dengan RM15K adalah amat ketara, iaitu perbezaan RM6.5K. Itupun saya cuba anggarkan semua kos penambahan di atas pada kadar paling minimum. Jika anggaran saya salah sekali pun, masih ada lagi baki RM6.5K untuk menjadikan RM75K harga yang munasabah untuk P3-21A fullspec. Jadi kenaikan RM15K ini sebenarnya tidaklah keterlaluan kalau difikirkan dengan pakej kereta yang bakal diberi.

Jadi jelas di sini, secara matematiknya RM75K untuk fullspec P3-21A adalah harga yang berpatutan. Atau, adakah anda masih lagi menganggap kereta ini patut dijual pada harga RM65K? Iaitu penambahan RM5K sahaja daripada harga Persona Elegance sekarang. Adakah ianya munasabah? Atau adakah anda fikir Persona Elegance sekarang memang sudah sedia mahal? Jadi mari kita bandingkan pula harga dan spesifikasi Persona Elegance dengan rakan terdekatnya.

ItemsPersona Elegance H-Line (fullspec) New Myvi 1.5 Extreme (fullspec)
BuatanTempatan Tempatan
HargaRM59,713 (Metallic) RM61,700 (Metallic)
Engine / Gearbox 1.6 Litre / 4-Speed AT 1.5 Litre / 4-Speed AT
PlayerSingle-din + Portable GPS Double-din + Touchscreen + Build-in GPS
Airbag2 Airbag 2 Airbag
Rear SuspensionMultilink Torsion Beam
Brake (Front / Rear)Disc / Disc Disc / Drum
Sport Rims / Tyre15" / 195 14" / 175
Power SteeringHydraulic Electric
*Saya tidak mengatakan Myvi 1.5 mahal, hanya membuat perbandingan untuk memberikan idea kepada anda bahawa Persona Elegance adalah amat berpatutan.

So adakah Persona Elegance RM60K masih juga mahal jika dibandingkan dengan Myvi Extreme RM62K? Dan adakah munasabah jika P3-21A dengan enjin 1.6L CFE dijual dengan harga RM65K, sedangkan Myvi Extreme pun dijual dengan RM62K?

Apa pun andaian kita semua, haruslah kita berbalik kepada tujuan asal syarikat; Proton membina model ini bukan sebagai 'direct replacement' kepada Persona Elegance. Bermaksud, ianya BUKAN lagi untuk disaingkan dalam pasaran Myvi, Kia Picanto & Suzuki Alto. Ianya dibina bertujuan untuk bersaing di pasaran Vios, City, Forte, Fiesta & Swift yang mempunyai potensi pasaran amat besar di Malaysia. Sebagai buktinya, Toyota berjaya menjual modelnya Vios sebanyak 2,000 unit setiap bulan. Belum dihitung lagi model-model lain seperti City, Forte, Fiesta & Swift. Amatlah rugi sebenarnya jika Proton terus mengabaikan dan tidak memiliki apa-apa modelnya dalam segmen ini.

Sebenarnya, secara peribadi saya juga berharap agar P3-21A ini dijual dibawah RM75K. Tapi kita juga harus ingat, adakah Proton hanya boleh menjual kereta murah? Adakah Proton tidak berhak untuk membina kereta untuk kelas pertengahan dan atasan? Apa jua pun harga yang bakal diletakkan untuk model ini, biarlah kita semua sama-sama tunggu hingga saat perlancaran tiba.


* Segala spesifikasi P3-21A di atas adalah tentatif dan tidak dapat dipastikan sehinggalah maklumat rasmi dikeluarkan.
* Harga P3-21A di atas adalah khabar angin dan andaian semata-semata. Harga sebenar tidak diketahui sehingga maklumat rasmi dikeluarkan.



Site search