Faz & Fairuz yang merupakan ejen khas, merancang untuk mencuri & menjadi pemandu pertama sebuah model keluaran baru Proton..
Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts
8 tahun dalam pasaran, Proton Saga Generasi ke-2 atau lebih dikenali sebagai Saga BLM (juga facelift FL & FLX) kini berada di hujung zaman gemilang nya. Model paling laris di Malaysia dalam segmen-B (Kompak Sedan) ini yang diperkenal pada 2008, dan kini bakal digantikan dengan generasi terbaru, iaitu generasi Saga ke-3.
Di bawah merupakan foto-foto sebenar model ini yang paling jelas setakat ini. Model ini diberitakan akan dilancarkan pada hujung bulan ini, September 2016.
Nantikan berita & info-info dari kami, Proton-Sales.
PROTON-EDAR
proton-sales.blogspot.com
CALL: 017-312 4300
Nazz Abdullah
Johor Bahru
|
Illustrasi Peminat:
PROTON-EDAR
proton-sales.blogspot.com
CALL: 012-7107042
Sofia
Johor Bahru
|
"Jutaan Terima Kasih kami ucapkan kepada kesemua pelanggan kami kerana memilih kami sebagai ejen kepercayaan anda dalam menguruskan jual beli kenderaan anda!"
Kami berharap anda semua berpuas-hati & sudi sekali lagi untuk berurus niaga dengan kami.
P/S: Semoga kereta anda dapat membantu dalam setiap urusan kerja saharian & dapat melindungi orang tersayang walau ke mana jua anda pergi.
WEDNESDAY,
JULY 17, 2014

Penulis: Nazz Abdullah
Tidak dinafikan, dalam kehidupan seharian
kita, isu petrol merupakan sesuatu yang penting dan amat merunsingkan. Petrol
sebenarnya merupakan satu keperluan asas yang mesti ada dan tak mampu dielak
oleh kita semua.
Jadi hari
ini saya ingin berkongsi 10
tips paling mudah dilakukan,
paling berkesan dan paling efektif dalam mengurangkan & menjimatkan
penggunaan Petrol. Anda disaran mencuba seberapa yang boleh. Selamat mencuba !!
1. Isi
minyak di awal pagi atau pada waktu sejuk
Petrol
adalah cecair yang mudah meruap. Jadi kapasiti petrol lebih banyak pada waktu
sejuk berbanding waktu panas yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan.
Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, anda akan kelihatan wap petrol
keluar dari tangki minyak anda.
Jadi, rancanglah & isi minyak pada waktu awal pagi atau waktu sejuk bagi mengurangkan kerugian
petrol anda hilang ditelan angin.
2. Isi
minyak dengan perlahan-lahan
Isi minyak
perlahan-lahan supaya petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan
mengurangkan wap petrol dari meruap bebas ke udara. Tarik picu perlahan-lahan,
perhatikan meter pada pam minyak supaya angka liter tidak berjalan secara
terlalu laju. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.
3. Isi
minyak ketika minyak anda masih separuh (50%)
Semakin
banyak baki petrol dalam tangki anda, semakin kurang kapasiti ruang udara yang
dipenuhi wap. Jadi, anda akan mendapat lebih petrol dalam tangki yang lebih
optimum.
4. Kurangkan
beban yang dipikul kenderaan anda
Keluarkan
barang yang tidak perlu. Contohnya fail-fail, peralatan kerja, timbunan kasut
atau aksesori kereta yang tidak mendatangkan apa-apa seperti spoiler, bodykit,
alas dashboard dan macam-macam lagi. Tanggalkan dan tinggalkan di rumah atau di ofis, bawa apa yang diperlukan sahaja. Penambahan berat sebanyak 50KG meningkatkan penggunaan petrol
sebanyak 2%. Lagi ringan kereta anda lagi jimat.
5. Pastikan
tekanan angin tayar anda cukup dan sekata
Sentiasa
perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar
yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat (dan cepat botak)
dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah 5% disebabkan geseran tayar yang
berlebihan.
6. Kawal
Kelajuan
Semakin
perlahan anda memandu, Semakin jimat minyak digunakan. Memandu melebihi 90km/j akan meningkatkan penggunaan minyak
dengan ketara.
Secara
amnya, pemanduan pada kelajuan 100km/j akan meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 10%, 105km/j sebanyak 15% dan 110km/j sebanyak 25%.
Lihat RPM
kereta anda. Jika anda memandu melebihi 3,000RPM kemungkinan
enjin anda memerlukan lebih minyak.
7.
Penggunaan Gear yang betul (Manual)
Gunakan gear
yang sesuai dengan kelajuan anda. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi
menyebabkan pembaziran minyak yang ketara kerana enjin akan bertindak lebih
pantas. menggunakan gear tinggi pada kelajuan yang rendah juga akan membazirkan
minyak kerana anda akan menekan pemacu/pedal minyak lebih daripada sepatutnya.
8.
Penggunaan Brek yang betul
Kurangkan
penggunaan brek, ini kerana setiap kali anda membrek, anda sedang menghapuskan daya momentum kereta anda yang
sedang bergerak, bermaksud anda sedang bazirkan minyak anda. Cuba gunakan daya momentum kereta anda yang sedang bergerak yang dihasilkan daripada pembakaran petrol seberapa yang boleh. Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan
kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.
9. Tutup
tingkap kereta/Tanggalkan spoiler
Pastikan
tingkap kereta ditutup semasa memandu dan elakkan memasang spoiler yang menegak
ke atas bagi melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan
mengalamai rintangan angin menyebabkan kereta bergerak lebih perlahan dan menyebabkan
anda perlu menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.
Fikirkan,
konsepnya sama seperti payung terjun, ia digunakan untuk memperlahankan
penerjun dari menjunam ke bawah.
10. Jaga
enjin kenderaan/Servis ikut tempoh
Pastikan
enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis. Tukar minyak hitam mengikut
jadual ditetapkan. Gunakan minyak pelincir yang tulen & berkualiti tinggi
untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Semakin licin minyak hitam, semakin kurang geseran dlm enjin. Dan semakin kurang geseran, semakin mudah untuk ia bergerak.
P/S: Cadangan model kereta yang terbukti JIMAT MINYAK & tidak mengabaikan aspek KESELAMATAN (mengikut segmen masing-masing):-
1) Saga FLX
2) Proton IRIZ
3) Proton INSPIRA
Posted by Nazz Abdullah
SATURDAY, JUNE 15, 2013
Kereta kompak sedan termurah di Malaysia, Saga FLX kini hampir RM5,000 lebih rendah, dengan model terbarunya iaitu SAGA SV (Super Value). Sebagai menyahut seruan pengguna, Proton telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan model kompak sedan mampu milik dengan harga terendah di pasaran tanpa mengabaikan aspek dan ciri-ciri keselamatan yang wajib ada dalam sesebuah kenderaan.
Berkapasiti 1,300cc, Saga SV didatangkan dalam dua transmisi, iaitu manual dengan harga RM33,888 dan auto (CVT) dengan harga RM36,888. Tidak banyak perbezaan aksesori yang ketara diantara model SV ini dengan model Standard, malah ianya masih mengekalkan ciri front Dual SRS Airbag, Electric Power Window untuk keempat-empat pintu dihadapan dan belakang, Power Steering dan banyak lagi. Aksesori yang TIADA pada model SV ini berbanding model Standard ialah door visor, coil mat ditukar kepada carpet mat, trunk lid carpet, luggage tray, first aid kit, safety triangle dan exhaust muffler cutter.
P/s: Model Saga SV ini memang berbaloi dengan harganya yang sangat berpatutan dan mampu, sesuai untuk mereka yang berpendapatan sederhana atau yang baru bekerja, memandangkan ruang bonet belakang yang agak luas dan jimat minyak, ataupun untuk mereka yang mencari kenderaan untuk dijadikan kereta kedua.
CALL: 012-7107042
Sofia
Johor Bahru Area
Sistem gantungan atau suspensi adalah salah satu cabang sistem casis yang penting. Fungsi utamanya adalah untuk mengasingkan kabin kereta dari permukaan jalan yang kasar dan tidak rata, yang seterusnya memberikan keselesaan kepada penumpang. Ia juga berfungsi untuk memberikan kebolehan pemandu untuk mengawal pergerakan kereta melalui sistem stereng, dan menjamin kestabilan ketika pemanduan.
Dalam proses kejuruteraan sesebuah kenderaan, sistem suspensi biasanya dibahagikan kepada suspensi depan dan belakang. Dari segi jenis, terdapat pelbagai rekabentuk suspensi walaupun ketika ini yang paling popular adalah sistem McPherson strut untuk suspensi depan dan torsion beam atau sistem multilink untuk suspensi belakang. Satu komponen penting suspensi depan juga adalah sistem steering, yang biasanya terdiri dari jenis rack & pinion dengan bantuan hidraulik, atau yang makin popular kini, sistem elektrik (EPS – electric power steering).
Jika dalam keadaan pegun (seperti yang biasa dilihat di ruang pameran kereta, atau juga di televisyen dan dada-dada akhbar), karakter kereta mungkin lebih didefinisi oleh gaya rekabentuk luaran (styling), namun apabila sesebuah kereta dipandu sistem gantungan lebih bertanggungjawab untuk memberikan karakter dinamik yang dirasai oleh seseorang pemandu. Jika styling kereta menawan hati bakal pembeli untuk pergi memandu uji, sistem gantungan akan menjadi salah satu faktor penentu samada kereta itu sedap dipandu dan seterusnya dimiliki.
Seperti banyak sistem-sistem lain dalam kenderaan, kerja-kerja pembangunan sistem suspensi adalah rumit dan banyak hubungkait dengan pelbagai aspek yang melibatkan kerja integrasi yang banyak. Ini termasuk jenis kereta (sedan, van, SUV, dsb.), ride & handling (R&H), packaging, strength & durability (dayatahan dan kadar tahan), jenis bahan (material), prestasi crash, prestasi brek dan kawalan stabiliti, pembuatan dan kebolehpasangan (manufacturability & installation), kebolehan servis, kebolehan kitar semula, strategi platfom (keseragaman komponen) dan semestinya kos dan tempoh pembangunan.
Dalam pelbagai faktor yang disebut, Ride & Handling (R&H) merupakan faktor yang paling utama untuk pembangunan suspensi. Ini kerana kestabilan kenderaan banyak bergantung kepada bagaimana sistem suspensi direka dan aspek R&H dibangunkan.
Seiring dengan kemajuan teknologi, mungkin ramai yang tidak menyedari kepentingan R&H memandangkan rata-rata kereta zaman sekarang amat stabil dan mempunyai asas rekaan yang baik. Namun kepada mereka yang ingat akan sesetengah model selewat tahun 80an, masih ada kereta yang tidak sesuai dipandu laju atau harus dipandu amat perlahan sewaktu mengambil selekoh kerana sistem suspensi yang tidak direka atau ditala secara baik.
Namun masih terdapat beza yang banyak antara kereta yang mempunyai talaan R&H yang baik, dan yang tidak. Walaupun rata-rata pemandu biasa mungkin kurang boleh membezakan secara terperinci ciri-ciri suspensi dan karektor dinamik kereta mereka, namun untuk yang lebih cenderung, kereta yang ada R&H yang baik biasanya akan diakui lebih ‘sedap’ dipandu. Kata-kata seperti ‘stabil di atas lebuhraya’ atau ‘mudah mengambil selekoh’, atau juga ‘selesa dan tak melambung-lambung di atas jalan tak rata’ acapkali menjadi sebutan.
Tak kurang juga yang mengambil langkah mengubahsuai kereta mereka dengan spring yang lebih keras, kedudukan kereta yang lebih rendah, tayar dan rim yang lebih besar, roda stereng yang lebih kecil dan sporty – yang rata-ratanya, selain dari faktor estetik, dipacu oleh kepercayaan bahawa modifikasi sebegini akan meningkatkan prestasi R&H dan pengendalian (walaupun tak semua modifikasi yang disebut sebenarnya baik untuk R&H!).
Ini menandakan bahawa bagi setiap pemandu yang cenderung akan prestasi kereta, R&H adalah faktor yang menjadi perkiraan penting terhadap karekter dinamik sesebuah kereta. Apa guna enjin yang beratus kuasa kuda, styling yang menarik dan alat aksesori yang pelbagai jika sesebuah kereta tidak ‘sedap’ dipandu?
Dari satu sudut, R&H adalah pembeza, antara kereta yang menjadi ‘alat’ mengangkut manusia dan benda dari poin A ke poin B, dan kereta yang umpama seorang ‘pasangan’ setia seorang pemandu (dan peminat) kereta. Dan intipati R&H sentiasa berkait rapat dengan sistem gantungan yang baik.
Posted by Nazz Abdullah
TUESDAY, FEBRUARY 26, 2013
Malaysia, merupakan sebuah negara yang terkenal sebagai negara yang berbilang kaum, terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan banyak lagi.
Sebut mengenai pelbagai kaum, teringat saya satu lawak pakcik saya yang suka bercerita; orang Cina kalau nak beli kereta, yang akan ditanya "Berapa laju ini kereta boleh pergi?".. Melayu pulak, "Kuat makan minyak tak?".. Hahaha.. Tapi kalau India pulak, "Berapa ramai ini kereta boleh masuk?"... Haha..
Sebenarnya cerita ni lawak je, sekarang saya dah 3 tahun menjual kereta, tak semestinya ada soalan-soalan tertentu ikut jenis bangsa. Sebenarnya semua orang pun sama mahukan sebuah kereta yang berprestasi, jimat, dan luas. Jadi sekarang kita tahu, ada tiga faktor terpenting dalam sesebuah kereta yang menjadi keutamaan oleh semua pengguna kereta di Malaysia.
Apa yang saya perhatikan, untuk penuhi semua 3 faktor ini dalam sebuah kenderaan, agak mustahil. Kereta yang laju, pastinya perlukan bahan bakar yang lebih, tapi sekarang dunia telah ada teknologi Hybrid. Namun itu tidak cukup kerana ia terpaksa mengurangkan berat dan mengorbankan ruang, contohnya, Honda CR-Z. Ya, ia pantas dan jimat minyak. Tapi kita boleh lihat, mereka menderita kerana ruang keretanya terlalu sempit.
Ambil satu contoh lain, Toyota Estima, ia cukup luas, prestasi enjinnya cukup baik untuk sebuah MPV, ia agak pantas dan laju, dari segi minyak pula, agak sederhana, tidak terlalu ekonomi dan tidak telalu kuat minyak. Namun jimat minyak sahaja tidak cukup, harga kenderaan, kos penyelengaraan bulanan, insurans & roadtax tahunan juga harus diambil kira, jika tidak, enjin yang jimat minyak itu menjadi sia-sia.
Tidak dinafikan memang agak sukar sebenarmya untuk membina sebuah kenderaan yang mempunyai 3 konsep berbeza ini. Proton Exora yang kini di muatkan dengan enjin 1.6 liter CFE (turbo), mungkin menjadi salah satu kereta yang hampir memenuhi ketiga-tiga faktor tersebut, dan merupakan pilihan terbaik rakyat Malaysia. Exora Bold 1.6 liter CFE terbukti pantas, ramai pembeli yang berpuas hati dengan prestasinya sejak model ini mula dilancarkan hujung Disember 2011. Ia cukup luas, mampu memuatkan sehingga 7 penumpang dewasa. Walaupun penggunaan minyaknya tidaklah begitu jimat, namun ia masih jimat jika dibandingkan dengan 'MPV berprestasi' yang lain. Dengan enjin 1.6 liter turbo ini, ia bukan sahaja dapat mengurangkan kadar penggunaan minyak, namun ia juga hanya memerlukan kos RM90 setahun untuk perbaharui roadtax, kos penyelenggaraannya yang agak sederhana rendah, dan harganya mampu milik. Exora BOLD ternyata merupakan satu ramuan yang terbaik.
Kini 'Exora + 1.6 CFE' boleh didapati dengan harga yang lebih rendah, iaitu RM69K (OTR) untuk keluaran baru Exora Bold CFE variasi Standard, sesuai bagi mereka yang mahukan lebih penjimatan bayaran ansuran bulanan, manakala untuk mereka yang mahukan aksesori lengkap masih mempunyai pilihan variasi Premium dengan harga RM80K (OTR). Jadi, Exora BOLD 1.6 CFE Standard & Premium ini merupakan salah satu kereta Malaysia sebenar yang mampu memenuhi dan menepati kesemua cita rasa yang berbeza-beza setiap bangsa di Malaysia yang berbilang kaum ini.
Posted by Nazz Abdullah
WEDNESDAY, NOVEMBER 28, 2012
Selain itu, spesifikasi dan perubahan pada Satria Neo baru ini adalah, ia menggunakan spoiler Neo R3, ada R3 front bumper splitter, sport rim R3 16"x6, Reka bentuk semi-bucket seat seperti Neo R3 (Nappa Leather), Touch Screen Head-Unit seperti Neo R3, door lining/side protector diwarnakan seperti neo R3, ada logo R3 pada bonet belakang, bumper depan dan pada door lining, tiada push-start button, gearknob dan steering-wrap pula masih sama seperti CPS lama, warna yang didatangkan adalah White, Black dan Fire Red, didatangkan dengan dua transmisi AT dan MT.
Info mengenai harga Satria Neo baru ini atau Satria Neo Executive masih belum tau lagi. Insyaallah dalam masa terdekat ni jika ada sebarang info tambahan akan saya updatekan kemudian.
Info mengenai harga Satria Neo baru ini atau Satria Neo Executive masih belum tau lagi. Insyaallah dalam masa terdekat ni jika ada sebarang info tambahan akan saya updatekan kemudian.
Posted by Nazz Abdullah
TUESDAY, NOVEMBER 13, 2012
Minggu lepas saya menghadiri satu meeting ringkas bersama pihak pengurusan baru Proton, DRB-Hicom. Turut hadir di sana CEO baru Proton Edar. Topik yang banyak diperkata disana adalah mengenai perubahan-perubahan dan target baru yang telah di lakukan oleh DRB-Hicom sejak mereka mengambil alih Proton lebih kurang 6 bulan yang lalu.
Apa yang diterangkan, dalam masa 6 bulan pertama ini mereka telah malakukan banyak perubahan dan penambah baikan menyeluruh dari segi semua sudut dan semua department, termasuk Vendor. Di sini yang saya nampak hala tuju mereka adalah lebih kepada meningkatkan kualiti kerja dan memulihkan isu 'branding' yang telah lama membelenggu jenama Proton. Saya tak komen banyak, bagi saya masih terlalu awal untuk menilai sejauh mana keberkesanan pengurusan DRB-Hicom setakat ini.
P/S: Pendapat saya, mereka harus tekankan lebih bab kualiti produk dan pemasangan, kualiti servis selepas jualan.
Sementara tu, masih belum ada apa-apa info lagi mengenai Satria Neo. Setakat ni yang diberitahu, tiada apa-apa perubahan spec dan harga.
Posted by Nazz Abdullah
Salam semua..
Dah lama sangat rasanya tak dapat update blog ni, mungkin atas kesibukan kerja dan perpindahan ke Johor, dan kali ini saya kembali dengan satu berita baik buat semua, terutamanya buat peminat SATRIA NEO.
Saya dimaklumkan baru-baru ini bahawa Satria Neo akan kembali dikeluarkan, kemungkinan jika tiada sebarang masalah tarikh perasmiannya adalah pada pertengahan November ini. Mengenai spesifikasi dan variasinya pula, saya hanya diberitahu buat masa ini kemungkinan Proton hanya mengeluarkan variasi CPS MT & CPS AT sahaja. Untuk variasi LITE pula, kemungkinan bukan dalam masa yang terdekat ini. Info tentang sebarang perubahan spesifikasi atau upgrade juga masih belum diketahui lagi, cuma warna yang bakal dikeluarkan adalah Solid White & Fire Red sahaja. Mengenai harganya juga masih belum pasti.
Satria Neo awalnya telah dilancarkan pada tahun 2006, yang kemudianya model ini terpaksa dihentikan pada pertengahan tahun 2011 hingga ke hari ini atas beberapa sebab yang tertentu. Banyak feedback yang saya terima, dalam pada waktu model ini dihentikan, masih ramai lagi peminat-peminat Satria Neo yang bertanya-tanya untuk mendapatkan model ini. Jadi, ini merupakan berita baik buat mereka yang masih berkeinginan untuk memiliki model ini.
*P/S: Saya akan ke KL esok untuk menghadiri satu meeting dgn Proton. Meeting mengenai apa pun saya tidak diberitahu. Jadi jika ada sebarang info mengenai Satria Neo esok, akan saya updatekn kemudian.
GRADHITZ: Pinjaman 100% kini hanya 2.98% faedah dengan Bank Islam
Posted by Nazz Abdullah On 3:26 PM
Posted by Nazz Abdullah
WEDNESDAY, OCTOBER 31, 2012
BANK ISLAM kini menyediakan pakej pembiayaan mudah untuk pembelian kenderaan bagi para graduan yang baru bekerja, iaitu Pakej Pembiayaan Kenderaan Skim Graduan atau lebih terkenal sebagai Gradhitz. Di bawah adalah syarat-syarat kelayakan dan butir-butir lengkap mengenai promosi tersebut:
KELEBIHAN YANG DITAWARKAN:
- Pembiayaan sehingga 100%
- Kadar faedah terendah 2.98% ---> (sehingga 31 Dec 2012 sahaja)
- Tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun
- Pembiayaa dilindungi insurans Takaful (AFTP)
- Kemudahan Kad Debit
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
- Berumur antara 20-30 tahun
- Mempunyai kelulusan Diploma atau Ijazah atau kelayakan Profesional dari Institusi yang di iktiraf
- Sudah bekerja sekurang-kurangnya 1 bulan
- Bekerja di bawah syarikat kerajaan atau syarikat swasta yang bertaraf GLC, Public Listed, Multi-national, atau syarikat-syarikat yang mempunyai data kewangan yang kukuh
- Status bekerja mestilah tetap (permanent). Bagi yang berstatus kontrak, tempoh kontrak mestilah berbaki sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh permohonan.
- Merupakan pembelian kenderaan yang pertama bagi pemohon
DOKUMEN SOKONGAN:
- Salinan Kad Pengenalan & Lesen memandu
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Penyata Bank 3 bulan terkini
- Surat Tawan Kerja
- Salinan Skrol dan transkrip
- Johor Bahru -
Posted by Nazz Abdullah
WEDNESDAY, APRIL 11, 2012
Enam Hari lagi sebelum tibanya detik yang ditunggu-tunggu perlancaran Proton Prevé iaitu model terulung Proton, dan ramai rasanya saat ini yang tidak sabar-sabar menantikan tarikh 16hb April tersebut, lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah menempatkan tempahan mereka.
Seorang dari sahabat kita iaitu bro Nya Jack telah mengirimkan saya potongan gambar slide di atas, yang menunjukan model ini telah menerima pengiktirafan 5 bintang dari MyVAP (Malaysian Vehicle Assessment Programme), iaitu sebuah badan yang diasaskan oleh MIROS untuk memasti & meningkatkan tahap keselamatan kenderaan di Malaysia. Gambar ini saya rasa mungkin telah diambil pada majlis penganugerahan MyVAP semalam berikutan tarikh pada slide diatas (AWARDED 10 APRIL).
Walaupun masih belum menerima berita rasmi mengenai pengiktirafan dari NCAP, saya yakin dalam masa terdekat ini atau setidak-tidaknya selepas perlancaran nanti pasti akan kita semua ketahui, kerana sewaktu saya menghadiri training Prevé ini tempoh hari, DSZ sendiri beberapa kali menekankan tentang pengiktirafan markah penuh dari NCAP tersebut.
Apapun tahniah sekali lagi kita ucapkan kepada Proton dan semua yang terlibat dalam pembinaan model yang bakal meneraju era baru Proton, iaitu Prevé.
Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html
*P/S:
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang
telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang
belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin
sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok
yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam,
Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.
PREVÉ disambut baik pihak Finance dengan menawarkan kadar interest % Terendah
Posted by Nazz Abdullah On 7:23 PM
Posted by Nazz Abdullah
SATURDAY, APRIL 07, 2012
Ini merupakan salah satu contoh Letter of Undertaking bakal pembeli Proton Prevé Premium yang telah layak mendapatkan pinjaman pembiayaan dengan kadar terendah iaitu 2.85% dari Maybank Islamic Berhad untuk tempoh maksimum 9 tahun pada kadar margin 90%. Selain Maybank, bank-bank lain juga seperti AmBank dan Bank Islam turut menyambut baik kemunculan model Prevé ini dengan memberikan keutamaan & kelulusan lebih mudah dan pantas kepada mereka yang benar-benar layak.
Diharapkan kerjasama dua-belah pihak ini berterusan agar dapat memberikan manfaat dan keuntungan kepada kedua-dua pihak, Proton dan juga syarikat finance.
Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html
*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.
Posted by Nazz Abdullah
SATURDAY, APRIL 07, 2012
Sumber dipetik dari: ArenaKereta
Itu dia yang dinanti-nantikan selama ini sudah tiba, iklan komersial Proton Preve yang bakal ditayangkan di televisyen sudah muncul di laman video YouTube. Bagi saya iklan komersial ini memang menarik kerana kita boleh melihat model terbaharu Proton Preve ini beraksi secara lebih jelas, seterusnya menyerlahkan kecantikan rekaannya yang begitu sporty.
Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html
*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.
Posted by Nazz Abdullah
FRIDAY, APRIL 06, 2012
Proton Prevé telah menghangatkan ruang berita di sana sini seluruh negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tak kira apa jua jenis media sekalipun baik di blog-blog terkenal, forum-forum, akhbar berita Melayu, English & Mandrin mahupun di TV3.
Baru sebentar tadi saya menerima email dari sahabat Nya Jack yang mengirimkan gambar-gambar terbaru Proton Prevé:
Banyak lagi gambar-gambar yang telah dikirim oleh bro Nya Jack termasuk gambar jelas keseluruhan kereta dari luar, hadapan, sisi, dan belakang, dan juga senarai harga sebenar ketiga-tiga variasi Proton Prevé ini. Tetapi saya tidak dapat mendedahkan gambar-gambar tersebut di sini kerana menghormati hak-hak syarikat.
Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html
*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.
Posted by Nazz Abdullah
WEDNESDAY, APRIL 4, 2012
Info Terkini: Saya baru sahaja menerima 'SMS Blast' dari Proton yang dihantar kepada semua Sales Advisor di seluruh negara dan kandungannya adalah seperti berikut:
"RM.0.00: The New Proton PREVÉ: Pronounce as 'pray-vae' (sounds like cafe). Pls share the correct pronunciation with everyone."
Banyak andaian & kekeliruan tentang sebutan nama model terbaru Proton iaitu 'PREVÉ', sejak dari nama itu mula didedahkan seminggu yang lepas. Pelbagai sebutan telah diberi seperti 'Preev', 'Pre-vey' dan macam-macam lagi, sehingga saya sendiri pun terkeliru.
Jadi sebutan yang sebenar adalah 'Pray' 'Vae', sama seperti sebutan 'Ca' 'Fe'. Diharap tiada lagi kekeliruan atau kesilapan tentang sebutan nama model ini..
Sebut betul-betul..... 'Pray - Vae'..... ;)
Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html
*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.
P3-21A nyata dengan nama PREVÉ, Juga gambar jelas Test-drive unit
Posted by Nazz Abdullah On 12:12 PM
Posted by Nazz Abdullah
SATURDAY, MARCH 31, 2012
Itu dia, sudah terang lagi bersuluh, segalanya sudah jelas dan pasti, dan tiada apa lagi yang boleh diselindungkan, baik dari segi paras rupa, nama yang menjadi misteri hingga ke spesifikasi lengkap model terbaru Proton, iaitu Prevé.
Agak pelik dan sedikit berbeza nama ini berbanding dengan model-model Proton lain sebelum ini. Mungkin pihak syarikat ingin mencari sedikit kelainan kerana model global pertama ini bakal mengubah persepsi orang ramai terhadap Proton dan diharapkan Prevé mampu menjadi 'turning point' kepada halatuju Proton seterusnya dapat membawa Proton ke satu arena yang lebih baik, setanding dengan jenama-jenama lain dari luar negara. Malaysia Boleh!!!
Apa pun, ucapan TAHNIAH saya dahulu kan kepada seluruh warga syarikat, DSZ, abang-abang R&D dan ratusan engineer Prevé dan seluruh individu yang terlibat. Belum pun model ini dilancarkan, kita telah menerima satu maklum balas yang baik daripada sebuah laman rasmi dari Australia www.caradvice.com.au, berkenaan dengan model Proton Preve ini. Jadi kita semua sebagai rakyat Malaysia seharusnya memberikan pujian buat mereka kerana telah berjaya menghasilkan produk global pertama kereta nasional.
Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html
Gambar dari: funtastickodesign
*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.
Posted by Nazz Abdullah
WEDNESDAY, MARCH 28, 2012
Sumber: Arena Kereta
Memang sah model baharu Proton yang sebelum ini dikenali dengan kod P3-21A telah diberi nama Proton Preve. Apa maksudnya nama Preve itu mungkin akan didedahkan sendiri oleh pihak Proton apabila model itu dilancarkan secara rasmi nanti, berkemungkinan besar pada tarikh 6hb. April depan, sama-sama kita tunggu.
Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html
p/s: Tempahan awal masih dibuka untuk mengelakkan menunggu stok yang lambat. Bagi yang berda di sekitar Johor Bahru & Shah Alam, Petaling Jaya, Sila hubungi saya, Nazz Abdullah, 017-312 4300 untuk membuat tempahan dan mengenai maklumat lanjut.
Posted by Nazz Abdullah
WEDNESDAY, MARCH 14, 2012
Salam sejahtera kepada warga Malaysia sekalian. Inilah detik yang kita semua tunggu setelah 2 tahun penantian, iaitu Soft-Launching model P3-21A yang akan berlangsung hari ini, 14 Mac 2012, secara rasminya di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di semua pusat & wakil jualan Proton Edar di seluruh negara, walaupun agak sedikit hampa kerana perasmian penuh terpaksa ditangguhkan ke awal bulan hadapan. Dan ini juga bermakna tempahan secara rasmi sudah mula dibuka untuk para pembeli sekalian yang sememangnya sudah lama menantikan kehadiran model ini.
Beberapa info yang saya ingin kongsikan di sini adalah mengenai butiran tempahan (Booking):
PRICE (Tentative):
- Executive MT (Metallic): RM65,500
- Executive CVT (Metallic): RM68,500
- Premium CVT (Metallic): RM75,500
* Bagi Solid White harga akan berkurang RM450 untuk setiap variasi.
BOOKING FEE:
- RM500
* Info lain seperti 'delivery period' dan sebagainya akan saya updatekan secepat mungkin untuk panduan anda semua.
* Bagi yang ingin meletakkan tempahan awal mereka, atau ingin menjadi pemandu terawal model ini di jalan raya, boleh hubungi saya di talian, 017-312 4300 (Nazz Abdullah), untuk mereka yang berada di sekitar Johor Bahru dan Shah Alam.
________________________________________________________________________________
*Info Tambahan
ESTIMATED WAITING PERIOD:
- 1 to 2 Months
FUEL CONSUMPTIONS:
- 7.8 Litre / 100KM
MAINTAINANCE:
- Every 10,000KM
VARIANTS:
- EXECUTIVE MT: 5 speed Campro 1.6 IAFM+
- EXECUTIVE CVT: 6 speed Campro 1.6 IAFM+
- PREMIUM CVT: 7 speed Pro-tronic Campro 1.6 CFE
OTHERS:
- Hot Press Materials (body)
- Platform diambil dari P6 (Exora)
- Italdesign Giugiaro
NAMA MODEL:
- Masih belum diketahui
Subscribe to:
Posts (Atom)











































