WEDNESDAY,
JULY 17, 2014

Penulis: Nazz Abdullah
Tidak dinafikan, dalam kehidupan seharian
kita, isu petrol merupakan sesuatu yang penting dan amat merunsingkan. Petrol
sebenarnya merupakan satu keperluan asas yang mesti ada dan tak mampu dielak
oleh kita semua.
Jadi hari
ini saya ingin berkongsi 10
tips paling mudah dilakukan,
paling berkesan dan paling efektif dalam mengurangkan & menjimatkan
penggunaan Petrol. Anda disaran mencuba seberapa yang boleh. Selamat mencuba !!
1. Isi
minyak di awal pagi atau pada waktu sejuk
Petrol
adalah cecair yang mudah meruap. Jadi kapasiti petrol lebih banyak pada waktu
sejuk berbanding waktu panas yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan.
Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, anda akan kelihatan wap petrol
keluar dari tangki minyak anda.
Jadi, rancanglah & isi minyak pada waktu awal pagi atau waktu sejuk bagi mengurangkan kerugian
petrol anda hilang ditelan angin.
2. Isi
minyak dengan perlahan-lahan
Isi minyak
perlahan-lahan supaya petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan
mengurangkan wap petrol dari meruap bebas ke udara. Tarik picu perlahan-lahan,
perhatikan meter pada pam minyak supaya angka liter tidak berjalan secara
terlalu laju. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.
3. Isi
minyak ketika minyak anda masih separuh (50%)
Semakin
banyak baki petrol dalam tangki anda, semakin kurang kapasiti ruang udara yang
dipenuhi wap. Jadi, anda akan mendapat lebih petrol dalam tangki yang lebih
optimum.
4. Kurangkan
beban yang dipikul kenderaan anda
Keluarkan
barang yang tidak perlu. Contohnya fail-fail, peralatan kerja, timbunan kasut
atau aksesori kereta yang tidak mendatangkan apa-apa seperti spoiler, bodykit,
alas dashboard dan macam-macam lagi. Tanggalkan dan tinggalkan di rumah atau di ofis, bawa apa yang diperlukan sahaja. Penambahan berat sebanyak 50KG meningkatkan penggunaan petrol
sebanyak 2%. Lagi ringan kereta anda lagi jimat.
5. Pastikan
tekanan angin tayar anda cukup dan sekata
Sentiasa
perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar
yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat (dan cepat botak)
dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah 5% disebabkan geseran tayar yang
berlebihan.
6. Kawal
Kelajuan
Semakin
perlahan anda memandu, Semakin jimat minyak digunakan. Memandu melebihi 90km/j akan meningkatkan penggunaan minyak
dengan ketara.
Secara
amnya, pemanduan pada kelajuan 100km/j akan meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 10%, 105km/j sebanyak 15% dan 110km/j sebanyak 25%.
Lihat RPM
kereta anda. Jika anda memandu melebihi 3,000RPM kemungkinan
enjin anda memerlukan lebih minyak.
7.
Penggunaan Gear yang betul (Manual)
Gunakan gear
yang sesuai dengan kelajuan anda. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi
menyebabkan pembaziran minyak yang ketara kerana enjin akan bertindak lebih
pantas. menggunakan gear tinggi pada kelajuan yang rendah juga akan membazirkan
minyak kerana anda akan menekan pemacu/pedal minyak lebih daripada sepatutnya.
8.
Penggunaan Brek yang betul
Kurangkan
penggunaan brek, ini kerana setiap kali anda membrek, anda sedang menghapuskan daya momentum kereta anda yang
sedang bergerak, bermaksud anda sedang bazirkan minyak anda. Cuba gunakan daya momentum kereta anda yang sedang bergerak yang dihasilkan daripada pembakaran petrol seberapa yang boleh. Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan
kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.
9. Tutup
tingkap kereta/Tanggalkan spoiler
Pastikan
tingkap kereta ditutup semasa memandu dan elakkan memasang spoiler yang menegak
ke atas bagi melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan
mengalamai rintangan angin menyebabkan kereta bergerak lebih perlahan dan menyebabkan
anda perlu menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.
Fikirkan,
konsepnya sama seperti payung terjun, ia digunakan untuk memperlahankan
penerjun dari menjunam ke bawah.
10. Jaga
enjin kenderaan/Servis ikut tempoh
Pastikan
enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis. Tukar minyak hitam mengikut
jadual ditetapkan. Gunakan minyak pelincir yang tulen & berkualiti tinggi
untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Semakin licin minyak hitam, semakin kurang geseran dlm enjin. Dan semakin kurang geseran, semakin mudah untuk ia bergerak.
P/S: Cadangan model kereta yang terbukti JIMAT MINYAK & tidak mengabaikan aspek KESELAMATAN (mengikut segmen masing-masing):-
1) Saga FLX
2) Proton IRIZ
3) Proton INSPIRA
