Powered by Blogger.

.

.

Nama Sebenar P3-21A adalah Proton PREVÉ !!!

Posted by Nazz Abdullah On 11:17 AM
Posted by Nazz Abdullah  
WEDNESDAY, MARCH 28, 2012  



Sumber: Arena Kereta

Memang sah model baharu Proton yang sebelum ini dikenali dengan kod P3-21A telah diberi nama Proton Preve. Apa maksudnya nama Preve itu mungkin akan didedahkan sendiri oleh pihak Proton apabila model itu dilancarkan secara rasmi nanti, berkemungkinan besar pada tarikh 6hb. April depan, sama-sama kita tunggu.

Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html

p/s: Tempahan awal masih dibuka untuk mengelakkan menunggu stok yang lambat. Bagi yang berda di sekitar Johor Bahru & Shah Alam, Petaling Jaya, Sila hubungi saya, Nazz Abdullah, 017-312 4300 untuk membuat tempahan dan mengenai maklumat lanjut.



Perbahrui Roadtax & Insurans Kenderaan Anda

Posted by Nazz Abdullah On 6:25 PM
Posted by Nazz Abdullah  
THURSDAY, APRIL 25, 2013


- Siap dalam 1 hari bekerja
- Penghantaran percuma
- Untuk maklumat lanjut, sila hubungi/sms ke: 017-312 4300
* Terma & Syarat


Tempahan P3-21A kini dibuka!!!

Posted by Nazz Abdullah On 12:21 AM
Posted by Nazz Abdullah  
WEDNESDAY, MARCH 14, 2012  


Salam sejahtera kepada warga Malaysia sekalian. Inilah detik yang kita semua tunggu setelah 2 tahun penantian, iaitu Soft-Launching model P3-21A yang akan berlangsung hari ini, 14 Mac 2012, secara rasminya di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di semua pusat & wakil jualan Proton Edar di seluruh negara, walaupun agak sedikit hampa kerana perasmian penuh terpaksa ditangguhkan ke awal bulan hadapan. Dan ini juga bermakna tempahan secara rasmi sudah mula dibuka untuk para pembeli sekalian yang sememangnya sudah lama menantikan kehadiran model ini.

Beberapa info yang saya ingin kongsikan di sini adalah mengenai butiran tempahan (Booking):

PRICE (Tentative):
- Executive MT (Metallic): RM65,500
- Executive CVT (Metallic): RM68,500
- Premium CVT (Metallic): RM75,500
* Bagi Solid White harga akan berkurang RM450 untuk setiap variasi.


BOOKING FEE:
- RM500



* Info lain seperti 'delivery period' dan sebagainya akan saya updatekan secepat mungkin untuk panduan anda semua.


* Bagi yang ingin meletakkan tempahan awal mereka, atau ingin menjadi pemandu terawal model ini di jalan raya, boleh hubungi saya di talian, 017-312 4300 (Nazz Abdullah), untuk mereka yang berada di sekitar Johor Bahru dan Shah Alam.


________________________________________________________________________________

*Info Tambahan

ESTIMATED WAITING PERIOD:
- 1 to 2 Months


FUEL CONSUMPTIONS:
- 7.8 Litre / 100KM


MAINTAINANCE:
- Every 10,000KM


VARIANTS:
- EXECUTIVE MT: 5 speed Campro 1.6 IAFM+
- EXECUTIVE CVT: 6 speed Campro 1.6 IAFM+
- PREMIUM CVT: 7 speed Pro-tronic Campro 1.6 CFE


OTHERS:
- Hot Press Materials (body)
- Platform diambil dari P6 (Exora)
- Italdesign Giugiaro


NAMA MODEL:
- Masih belum diketahui




Posted by Nazz Abdullah  
WEDNESDAY, MARCH 07, 2012  


Salam, ini mungkin merupakan berita yang sedikit menghampakan. Info tak rasmi ini saya terima daripada sumber yang dipercayai. Event Proton Power of 1 ini sebenarnya mungkin merupakan event yang diadakan untuk menggantikan upacara perasmian P3-21A yang sepatutnya berlangsung pada tarikh yang sama, di tempat yang sama, Stadium Bukit Jalil, 14-18 March 2012.

Ada yang mengatakan event ini terpaksa diadakan kerana pihak Proton telah berbelanja hampir setengah juta dalam kos penyediaan stadium tersebut, dan terpaksa menanggung kerugian jika tidak digunakan. Ada jua yang mengatakan perasmian P3-21A terpaksa ditangguhkan ke bulan hadapan, dan tidak akan dirasmikan pada bulan ini disebabkan masalah-masalah tertentu, antaranya mungkin model tersebut belum bersedia sepenuhnya, atau mungkin kerana pertukaran pengurusan yang baru diambil alih oleh pihak DRB-Hicom masih bercelaru.

Apa yang diberitakan, antara yang bakal ada di event Proton Power of 1 ini adalah seperti booth roadshow, pengenalan kepada syarikat, booth motorsport (Neo S2000 & F1 Car), booth engineering, pelbagai pertunjukan dan bermacam-macam lagi. Mungkin ada juga acara permainan sukan neka macam 'Jom Heboh' kot..

Apa-pun saya yakin, walaupun tanpa kehadiran penuh P3-21A nanti, event ini pasti akan tetap meriah dan kepada sesiapa jua yang berada di sekitar lembah klang, sudilah kiranya luangkan masa anda kesana minggu depan. Dan kepada golongan belia & para peminat automotif, pasti banyak info berfaedah yang boleh anda kutip disana nanti.



 * Sesiapa yang selalu follow blog-blog funtasticko, arenakereta & lain, apa lagi?? ini lah masanya korang nak buat TT!!! buat la temujanji.. ;)




Masih Timing Belt & Hydraulic Power Steering untuk P3-21A

Posted by Nazz Abdullah On 1:18 PM
Posted by Nazz Abdullah  
TUESDAY, MARCH 06, 2012  


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum perlancaran P3-21A, dan berita mengenainya tiba-tiba menjadi sunyi. tiada sebarang info lanjutan, dan tiada teaser atau promo di mana-mana. Dan nama model ini terus menjadi rahsia. Bermacam-macam juga andaian dan spekulasi tentang nama yang diberikan oleh para peminat.

Sementara itu, saya ingin highlight kan tentang belting sistem dan power assist steering sistem yang bakal digunakan didalam model ini.

Seperti model-modelnya sebelum ini, sistem Timing Belt masih lagi dipilih untuk dimuatkan dalam model ini, bukan sistem Timing Chain. Saya kurang pasti apakah tujuan mereka. Adakah untuk penjimatan kos pembuatan semata-mata? Pasti ada kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua sistem timing belt dan timing chain. Saya kurang arif dan kurang pasti mengenai perkara ini, jadi sesiapa yang mungkin lebih arif mengenainya sudilah kiranya untuk berkongsi.

Selain itu, sistem power steering juga masih menggunakan Hydraulic (HPS), bukan Electric (EPS). Kedua-dua sistem ini juga banyak kelebihan dan kekurangannya jika dibandingkan side by side. Mungkin tak semua kenderaan sama, dan punyai konsep handling yang berbeza-beza. Sekiranya ada diantara anda yang tahu, silalah untuk kongsikan bersama.


Jentera Petronas EON Racing Team (PERT) ditemui tersadai

Posted by Nazz Abdullah On 2:53 AM
Posted by Nazz Abdullah  
SATURDAY, MARCH 03, 2012  


Skrip oleh: Arenakereta.com

Seperti dijanjikan, bro Nazz Abdullah dari blog Proton Sales telah mengirimkan saya galeri gambar jentera-jentera perlumbaan Petronas EON Racing Team (PERT) yang sempat beliau rakamkan di HQ EON Glenmarie beberapa hari lepas.


Saya kurang arif tentang sejarah jentera-jentera tersebut, tentang perlumbaan yang pernah disertai sehinggalah bagaimana akhirnya kesemua jentera-jentera tersebut boleh berada di kawasan parking HQ EON di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Antara jentera PERT yang masih berada di situ ialah Proton Waja, Proton Wira dan jentera Mitsubishi Evolution yang dipandu oleh Karamjit Singh. Juga terdapat model Saga yang tertulis di atas bonetnya Sagarama, sudah tentu itu bukan jentera perlumbaan PERT.

Sekarang pasukan perlumbaan PERT sudah tiada, digantikan dengan pasukan Proton Motorsports yang bersaing hebat menggunakan jentera Proton Satria Neo S2000 dalam pelbagai siri rali dunia.


Walaupun zaman kegemilangan PERT sudah berakhir, diharapkan pihak EON mahu pun Proton sendiri dapat melakukan sesuatu agar jentera-jentera yang pernah menaikkan nama Malaysia itu terus dijaga dengan baik untuk tatapan generasi akan datang.



Video Tengku Djan D1GP Irwindale 2006 yang Membanggakan

Posted by Nazz Abdullah On 7:36 PM
Posted by Nazz Abdullah  
FRIDAY, MARCH 02, 2012  


Saya percaya pasti ramai daripada anda yang pernah menonton video D1GP Irwindale 2006 ini. Namun video lama ini yang menyaksikan detik penting kehebatan wira negara Tengku Djan masih lagi membuat saya merasa bangga hingga ke hari ini dan rugi rasanya jika tidak dimuatkan dalam ruangan Blog ini.

Tengku Djan yang memandu jentera AE86, menunjukan budi bahasa nya, tunduk dan berjabat tangan dengan lawan-lawan nya setiap kali tamat perlumbaan tak kira sama ada beliau menang atau kalah, membuatkan beliau mudah terkenal dan diminati oleh ramai peminat asing, juga di segani oleh juara-juara dan drifter di serata dunia.



Ini merupakan sebahagian sahaja dan banyak lagi sebenarnya video-video lain yang menyaksikan kehebatan drifter terlulung negara ini. Terima Kasih Tengku Djan...

P/s: Majulah Sukan Untuk Negara !!!



Site search