Powered by Blogger.

.

.

Exora BOLD 1.6 Liter CFE Kereta Malaysia Sebenar

Posted by Nazz Abdullah On 12:01 AM
Posted by Nazz Abdullah  
TUESDAY, FEBRUARY 26, 2013



Malaysia, merupakan sebuah negara yang terkenal sebagai negara yang berbilang kaum, terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan banyak lagi. 

Sebut mengenai pelbagai kaum, teringat saya satu lawak pakcik saya yang suka bercerita; orang Cina kalau nak beli kereta, yang akan ditanya "Berapa laju ini kereta boleh pergi?".. Melayu pulak, "Kuat makan minyak tak?".. Hahaha.. Tapi kalau India pulak, "Berapa ramai ini kereta boleh masuk?"... Haha..

Sebenarnya cerita ni lawak je, sekarang saya dah 3 tahun menjual kereta, tak semestinya ada soalan-soalan tertentu ikut jenis bangsa. Sebenarnya semua orang pun sama mahukan sebuah kereta yang berprestasi, jimat, dan luas. Jadi sekarang kita tahu, ada tiga faktor terpenting dalam sesebuah kereta yang menjadi keutamaan oleh semua pengguna kereta di Malaysia.

Apa yang saya perhatikan, untuk penuhi semua 3 faktor ini dalam sebuah kenderaan, agak mustahil. Kereta yang laju, pastinya perlukan bahan bakar yang lebih, tapi sekarang dunia telah ada teknologi Hybrid. Namun itu tidak cukup kerana ia terpaksa mengurangkan berat dan mengorbankan ruang, contohnya, Honda CR-Z. Ya, ia pantas dan jimat minyak. Tapi kita boleh lihat, mereka menderita kerana ruang keretanya terlalu sempit.

Ambil satu contoh lain, Toyota Estima, ia cukup luas, prestasi enjinnya cukup baik untuk sebuah MPV, ia agak pantas dan laju, dari segi minyak pula, agak sederhana, tidak terlalu ekonomi dan tidak telalu kuat minyak. Namun jimat minyak sahaja tidak cukup, harga kenderaan, kos penyelengaraan bulanan, insurans & roadtax tahunan juga harus diambil kira, jika tidak, enjin yang jimat minyak itu menjadi sia-sia.

Tidak dinafikan memang agak sukar sebenarmya untuk membina sebuah kenderaan yang mempunyai 3 konsep berbeza ini.  Proton Exora yang kini di muatkan dengan enjin 1.6 liter CFE (turbo), mungkin menjadi salah satu kereta yang hampir memenuhi ketiga-tiga faktor tersebut, dan merupakan pilihan terbaik rakyat Malaysia. Exora Bold 1.6 liter CFE terbukti pantas, ramai pembeli yang berpuas hati dengan prestasinya sejak model ini mula dilancarkan hujung Disember 2011. Ia cukup luas, mampu memuatkan sehingga 7 penumpang dewasa. Walaupun penggunaan minyaknya tidaklah begitu jimat, namun ia masih jimat jika dibandingkan dengan 'MPV berprestasi' yang lain. Dengan enjin 1.6 liter turbo ini, ia bukan sahaja dapat mengurangkan kadar penggunaan minyak, namun ia juga hanya memerlukan kos RM90 setahun untuk perbaharui roadtax, kos penyelenggaraannya yang agak sederhana rendah, dan harganya mampu milik. Exora BOLD ternyata merupakan satu ramuan yang terbaik.

Kini 'Exora + 1.6 CFE' boleh didapati dengan harga yang lebih rendah, iaitu RM69K (OTR) untuk keluaran baru Exora Bold CFE variasi Standard, sesuai bagi mereka yang mahukan lebih penjimatan bayaran ansuran bulanan, manakala untuk mereka yang mahukan aksesori lengkap masih mempunyai pilihan variasi Premium dengan harga RM80K (OTR). Jadi, Exora BOLD 1.6 CFE Standard & Premium ini merupakan salah satu kereta Malaysia sebenar yang mampu memenuhi dan menepati kesemua cita rasa yang berbeza-beza setiap bangsa di Malaysia yang berbilang kaum ini.



Satria Neo CPS with R3 Accessories

Posted by Nazz Abdullah On 3:11 PM
Posted by Nazz Abdullah  
WEDNESDAY, NOVEMBER 28, 2012  




Seperti yang kita ketahui Satria Neo bakal dikeluarkan semula, dan akhirnya tengah hari tadi 1 Unit Satria Neo baru telah tiba di showroom saya. Apa yang saya perhatikan tadi Satria Neo ini adalah Satria Neo CPS, yang didatangkan dengan aksesori R3, kerana enjinnya masih menggunakan enjin CPS biasa.

Selain itu, spesifikasi dan perubahan pada Satria Neo baru ini adalah, ia menggunakan spoiler Neo R3, ada R3 front bumper splitter, sport rim R3 16"x6, Reka bentuk semi-bucket seat seperti Neo R3 (Nappa Leather), Touch Screen Head-Unit seperti Neo R3, door lining/side protector diwarnakan seperti neo R3, ada logo R3 pada bonet belakang, bumper depan dan pada door lining, tiada push-start button, gearknob dan steering-wrap pula  masih sama seperti CPS lama, warna yang didatangkan adalah White, Black dan Fire Red, didatangkan dengan dua transmisi AT dan MT.

Info mengenai harga Satria Neo baru ini atau Satria Neo Executive masih belum tau lagi. Insyaallah dalam masa terdekat ni jika ada sebarang info tambahan akan saya updatekan kemudian.



Kemanakah halatuju DRB-Hicom dalam Terajui Proton

Posted by Nazz Abdullah On 2:12 PM
Posted by Nazz Abdullah  
TUESDAY, NOVEMBER 13, 2012  


Minggu lepas saya menghadiri satu meeting ringkas bersama pihak pengurusan baru Proton, DRB-Hicom. Turut hadir di sana CEO baru Proton Edar. Topik yang banyak diperkata disana adalah mengenai perubahan-perubahan dan target baru yang telah di lakukan oleh DRB-Hicom sejak mereka mengambil alih Proton lebih kurang 6 bulan yang lalu.

Apa yang diterangkan, dalam masa 6 bulan pertama ini mereka telah malakukan banyak perubahan dan penambah baikan menyeluruh dari segi semua sudut dan semua department, termasuk Vendor. Di sini  yang saya nampak hala tuju mereka adalah lebih kepada meningkatkan kualiti kerja dan memulihkan isu 'branding' yang telah lama membelenggu jenama Proton. Saya tak komen banyak, bagi saya masih terlalu awal untuk menilai sejauh mana keberkesanan pengurusan DRB-Hicom setakat ini.

P/S: Pendapat saya, mereka harus tekankan lebih bab kualiti produk dan pemasangan, kualiti servis selepas jualan.

Sementara tu, masih belum ada apa-apa info lagi mengenai Satria Neo. Setakat ni yang diberitahu, tiada apa-apa perubahan spec dan harga.

Satria Neo Bakal Kembali??

Posted by Nazz Abdullah On 12:04 PM
Posted by Nazz Abdullah  
THURSDAY, NOVEMBER 08, 2012  



Salam semua..

Dah lama sangat rasanya tak dapat update blog ni, mungkin atas kesibukan kerja dan perpindahan ke Johor, dan kali ini saya kembali dengan satu berita baik buat semua, terutamanya buat peminat SATRIA NEO.

Saya dimaklumkan baru-baru ini bahawa Satria Neo akan kembali dikeluarkan, kemungkinan jika tiada sebarang masalah tarikh perasmiannya adalah pada pertengahan November ini. Mengenai spesifikasi dan variasinya pula, saya hanya diberitahu buat masa ini kemungkinan Proton hanya mengeluarkan variasi CPS MT & CPS AT sahaja. Untuk variasi LITE pula, kemungkinan bukan dalam masa yang terdekat ini. Info tentang sebarang perubahan spesifikasi atau upgrade juga masih belum diketahui lagi, cuma warna yang bakal dikeluarkan adalah Solid White & Fire Red sahaja. Mengenai harganya juga masih belum pasti.

Satria Neo awalnya telah dilancarkan pada tahun 2006, yang kemudianya model ini terpaksa dihentikan pada pertengahan tahun 2011 hingga ke hari ini atas beberapa sebab yang tertentu. Banyak feedback yang saya terima, dalam pada waktu model ini dihentikan, masih ramai lagi peminat-peminat Satria Neo yang bertanya-tanya untuk mendapatkan model ini. Jadi, ini merupakan berita baik buat mereka yang masih berkeinginan untuk memiliki model ini.


*P/S: Saya akan ke KL esok untuk menghadiri satu meeting dgn Proton. Meeting mengenai apa pun saya tidak diberitahu. Jadi jika ada sebarang info mengenai Satria Neo esok, akan saya updatekn kemudian.



Posted by Nazz Abdullah  
WEDNESDAY, OCTOBER 31, 2012  

BANK ISLAM kini menyediakan pakej pembiayaan mudah untuk pembelian kenderaan bagi para graduan yang baru bekerja, iaitu Pakej Pembiayaan Kenderaan Skim Graduan atau lebih terkenal sebagai Gradhitz. Di bawah adalah syarat-syarat kelayakan dan butir-butir lengkap mengenai promosi tersebut:


KELEBIHAN YANG DITAWARKAN:
  1. Pembiayaan sehingga 100%
  2. Kadar faedah terendah 2.98%  ---> (sehingga 31 Dec 2012 sahaja)
  3. Tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun
  4. Pembiayaa dilindungi insurans Takaful (AFTP)
  5. Kemudahan Kad Debit

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
  1. Berumur antara 20-30 tahun
  2. Mempunyai kelulusan Diploma atau Ijazah atau kelayakan Profesional dari Institusi yang di iktiraf
  3. Sudah bekerja sekurang-kurangnya 1 bulan
  4. Bekerja di bawah syarikat kerajaan atau syarikat swasta yang bertaraf GLC, Public Listed, Multi-national, atau syarikat-syarikat yang mempunyai data kewangan yang kukuh
  5. Status bekerja mestilah tetap (permanent). Bagi yang berstatus kontrak, tempoh kontrak mestilah berbaki sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh permohonan.
  6. Merupakan pembelian kenderaan yang pertama bagi pemohon

DOKUMEN SOKONGAN:
  1. Salinan Kad Pengenalan & Lesen memandu
  2. Slip gaji 3 bulan terkini
  3. Penyata Bank 3 bulan terkini
  4. Surat Tawan Kerja
  5. Salinan Skrol dan transkrip
* Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya Nazz Abdullah, 017-312 4300.
      - Johor Bahru -


Prevé terima 5 Bintang dari MyVAP

Posted by Nazz Abdullah On 12:26 PM
Posted by Nazz Abdullah  
WEDNESDAY, APRIL 11, 2012  


Enam Hari lagi sebelum tibanya detik yang ditunggu-tunggu perlancaran Proton Prevé iaitu model terulung Proton, dan ramai rasanya saat ini yang tidak sabar-sabar menantikan tarikh 16hb April tersebut, lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah menempatkan tempahan mereka.

Seorang dari sahabat kita iaitu bro Nya Jack telah mengirimkan saya potongan gambar slide di atas, yang menunjukan model ini telah menerima pengiktirafan 5 bintang dari MyVAP (Malaysian Vehicle Assessment Programme), iaitu sebuah badan yang diasaskan oleh MIROS untuk memasti & meningkatkan tahap keselamatan kenderaan di Malaysia. Gambar ini saya rasa mungkin telah diambil pada majlis penganugerahan MyVAP semalam berikutan tarikh pada slide diatas (AWARDED 10 APRIL).

Walaupun masih belum menerima berita rasmi mengenai pengiktirafan dari NCAP, saya yakin dalam masa terdekat ini atau setidak-tidaknya selepas perlancaran nanti pasti akan kita semua ketahui, kerana sewaktu saya menghadiri training Prevé ini tempoh hari, DSZ sendiri beberapa kali menekankan tentang pengiktirafan markah penuh dari NCAP tersebut.

Apapun tahniah sekali lagi kita ucapkan kepada Proton dan semua yang terlibat dalam pembinaan model yang bakal meneraju era baru Proton, iaitu Prevé.

Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html


*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.


Posted by Nazz Abdullah  
SATURDAY, APRIL 07, 2012  


Ini merupakan salah satu contoh Letter of Undertaking bakal pembeli Proton Prevé Premium yang telah layak mendapatkan pinjaman pembiayaan dengan kadar terendah iaitu 2.85% dari Maybank Islamic Berhad untuk tempoh maksimum 9 tahun pada kadar margin 90%. Selain Maybank, bank-bank lain juga seperti AmBank dan Bank Islam turut menyambut baik kemunculan model Prevé ini dengan memberikan keutamaan & kelulusan lebih mudah dan pantas kepada mereka yang benar-benar layak.

Diharapkan kerjasama dua-belah pihak ini berterusan agar dapat memberikan manfaat dan keuntungan kepada kedua-dua pihak, Proton dan juga syarikat finance.

Untuk melihat spesifikasi penuh Proton Prevé di sini: http://proton-sales.blogspot.com/2012/03/spesifikasi-penuh-p3-21a.html


*P/S: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah membuat tempahan (booking) melalui saya. Jadi kepada sesiapa yang belum menempatkan tempahan anda, boleh lah hubungi saya secepat mungkin sebelum majlis perlancaran model ini, untuk mengelakkan menunggu stok yang lama. Bagi yang berada di Johor Bahru dan sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, sila hubungi saya, Nazz Abdullah di talian 017-312 4300. Terima Kasih.



Site search